Sunday, 30 November 2014
Friday, 28 November 2014
Tuesday, 25 November 2014
Khasiat Teh Hijau
Assalamualaikum wbt...
Hii readers...
Entry kali ni memang nak celoteh pasal Green Tea atau dalam bahasa kita teh hijau..Actually dulu tengok boss tempat aku keje ni memang suka sangat minum teh ni...Sehari beruncang-uncang dia minum sama banyak dengan air mineral..Aku pun naik kening pikiaq kenapa la dia suka sangat dengan teh ni..
So lepas google baru aku taw banyak kajian/research kat merata dunia telah dilakukan ke atas green tea/teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaatkan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah :
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Membantu mengawal paras gula darah
- Membantu dalam sesetengah penyakit barah. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
- Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
- Menurunkan aras kolesterol.Kolestrol yang tinggi memang x baik untuk kesihatan. Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol. Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan.
- Menjaga tekanan darah
- Merawat batuk
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
- Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
- Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
- Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf. Yang ni memang setuju sebab tengok boss aku ni susah nak marah bila buat kerja.Kalau tensen pun dia tensen sorang2 ja...Lega aku!!
- Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
- Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
- Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya..Yang ni pun betoi..Kulit boss aku even laki memang cantik and flawless gitu...even umur dia dah tua pun still muka dia nampak muda..
- Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.
ok disebabkan tu aku pun dah start berGreen Tea atas pengaruh kulit boss aku..hahaha... green tea yang aku ambik adalah green tea jenama lipton...
first time minum... memang aroma dia buat aku rasa ummmmppp..tenang je..Memang ada sesetengah orang yang tak suka teh ni sebab rasa dia tapi pada aku memang sedap sebab manis dia manis asli. Maybe aku senang nak adapt dengan teh ni sebab aku ni memang tak suka benda manis dan berwarna terang sangat...Kalau bancuh ayaq sirap memang aku failll..sebab kedekut warna sangatt...gula pun aku kedekutt...hahahaha
Jom kita start berGreen Tea okie
Another benefits of green tea
Keep Calm and Drink Green Tea..Saya suka ^_^
Green Tea ke???
Monday, 24 November 2014
Travel : Penang Part 1
Assalamualaikum wbt
Hii
Entry kali ni nak cakap pasal Penang...Yela kan dah nak habis kerja baru dapat jalan2 dengan member..Ok kali ni memang nak cherita macam mana kita nak melancong ke penang dengan kos yang murah..Actually penang ni pun salah 1 warisan sejarah bawah UNESCO taw.So rugi kita sebagai rakyat Malaysia tak pi sini kan.
Pengakutan utama di Penang..Memang banyak disediakan basikal dan moto sewa di sekitar ni..Sewa dia memang murah..Kalau aku just sewa basikal ni RM8 henggit untuk 1 hari..Memang lenguh kaki nak ngayuh tapi memang best!!!
Ni masa dekat 3D History Tunnel berdekatan dengan Sekolah Convent Penang.. Bayaran nak masuk only RM12 henggit sebab dapat diskaun.Masa sewa basikal ni dapat kupon diskaun nak masuk sini..^____^
Kung Fu Panda.Mata & pipi pun macam panda dah..*___*
P.Ramli in 3D image...Memang terjaga tempat ni
Anti graviti place..Yang bestnya kat sini ada orang tolong ambil gambar kita just FOC!!!Benda free memang laju!!!
My friend during my intern..Sama2 kena marah dengan client,sama2 pi makan,sama2 buat keja last minute & suma together2. Pi toilet je x sama2..hahahaha
Berangan nak jadi tinggi konon..Cehhh "___"
Bajet tahan la sangat...Tapi sangat unik dia punya art di sini
Ni moral art untuk kaum china masa mula2 datang ke Tanah Melayu dulu...
Mr.Bean..One of my favorite cartoon
Jawap kuiz dapat hadiah puzzle!!!Saya suka ^__^
Penang history before World War!!!
Traditional Malay culture
I suka Kebarung/Kebaya..Still elok lagi kebaya ni..Rasa macam nak curi jaa....arghhhhhhhhh
haaaaa..Aku yang memang ulat buku ni memang sah2 kena pi kedai ni..Secondhand Book Shop..Ada banyak collection buku yang lama2 dan still elok lagi..
Pusing3x lagiii...
Moral art..FOC
Bye3x!!!
Still mengayuhhh....
Rumah tinggalan tentera Jepun..
Learn History But Never Repeat Their Mistake.
If you stop learning, you stop creating history and become history.
Labels:
cuti-cuti malaysia,
Motivation,
penang,
quote,
Tips,
travel
Monday, 10 November 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)






























