Follow Me

Thursday, 4 September 2014

TIPS JIMAT WANG UNTUK PELAJAR IPT

1. GUNAKAN KAD PELAJAR/KAD DISKAUN SISWA



Kad pelajar/kad siswa merupakan senjata yang paling penting dan amat berguna kalau nak simpan duit. Dengan kad pelajar, kita boleh gunakan untuk membeli makanan, membeli buku, menaiki pengangkutan awam seperti LRT, tengok movie, main boling semua pakai je kad pelajar. Jadi sebagai pelajar universiti, sentiasa bawa kad pelajar kita ni ok. Bayangkan berapa banyak duit yang kita boleh jimat..memang mula2 tu setakat 10sen o 20sen sahaja tapi kalau selalu digunakan memang menimbun la duit2 kita ni.. Nak-nak sekarang ni dah ade kad siswa 1 Malaysia.Siapa kata jadi pelajar universiti tak boleh nak berhibur? kalau kena gayanya banyak manfaat boleh dapat tau..hihihi

2. MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PEMBELAJARAN/NOTA


haa..hatni memang peberet cheqq masa study dlu. Aku boleh jimat hampir 70% untuk buku dan nota rujukan. Al maklum lah harga buku rujukan kat universiti ni rata-rata RM 100 dan ke atas. Itu untuk satu subjek. Aku dulu mostly satu semester 18-23 jam kredit..Adoi bayangkan berapa ratus terbang duit aku nak membeli buku2 ni. Contohnya ade 6 subjek yang aku amik setiap semester. RM 100 x 6 berapa? tak pokai aku dibuatn ya.tambah2 bukan duduk hostel pulak tu masa aku study di Shah Alam dulu..Adoi3x!! So photostatlah buku-buku rujukan tuh. dapatlah separuh harga. So daripada RM 600 aku hanya belanja RM 300  je untuk buku-buku rujukan. Tapi pandai-pandai la ye. Jangan sampai kantoi dengan lecturer pulak. Kadang-kadang,  lagi kurang kos untuk buku rujukan sebab aku pinjam je dengan senior2. So,buat baiklah dengan mereka ye masa study..hu.hu. Kalau nak jimatkan ink printer pulak, aku buat nota aku kecik-kecik supaya jimat page time nak print. Ink catridge pulak aku beli masa ade pc fair. Dapatlah murah daripada harga biasa..x pun printer korang buat je extension kat luaq..so jimat sikit..aku bertahun2 pakai printer tak habis ink lagi..aku yang habis belajaq dulu..hihihi

3. JIMATKAN KREDIT TELEFON ANDA

.   Telefon memang penting la. Nak call emak ayah kat kampung, lecturer dan makwe pakwe. Pelajar-pelajar universiti sekarang ni untung. Dulu memang payah nak jimat kredit telefon ni. paling kurang pun guna public phone. Dapat murahlah sikit..Sekarang ni memang kompom boleh jimat. Korang guna la internet untuk buat panggilan..tak pun download je apps free tok wassaps, wechat,facebook, instagram dsb..Tak pun untuk korang yang bercouple tu, korang chat je..jimat tau. Pahala pun boleh dapat sebab kurangkan bercakap. suara perempuan ni aurat tau.hihihihi

4. ELAK BELI TELEFON MAHAL
    Sekarang ni smart phone memang hot la. Setiap hari ade je model baru yang keluar. Harga pun boleh tahan jugak. Kebanyakkanya RM 1000 keatas. Sebagai pelajar, kalau boleh tahan la nafsu berbelanja korang ni. Memang rambang mata tengok macam-macam jenis telefon yang ade kat pasaran. Berbulu je mata bila tengok orang lain beli tapi kite x beli. Tapi  korang masih boleh pakai telefon pintar yang harga dalam RM 500 je tau...tambah2 sekarang kan ada rebat smart phone untuk pelajar IPT..beli yang murah2 pun ok dah..janji boleh guna ok Cari la telefon pintar yang menawarkan fungsi dan aplikasi yang sama dengan telefon jenama terkenal. Ala, android ni pusing-pusing situ jugak software dia. Yang bezakan jenama telefon tu je...tak payah la nak menunjuk2 bagai phone korang tu kat member2 korang sebab pi balik pi balik pun duit mak bapak korang jugak kan3x..huhuhu

5. SIMPAN DUIT PTPTN DI ASB

 Yang ni memang aku buat dari semester pertama lagi..Duit pinjaman yang aku dapat memang separuh daripada tu aku simpan dan beli emas 1 gram..Byangkan setiap semester aku simpan RM600x6semester=RM3600...lagi RM125 duit aku memang aku peruntukan beli emas 1gram yang comey2 tu.. 1gramx6semester=6gram emas..So kalau juai balik emas2 ni pun sudah membantu kita masa nak praktikal nanti...Harga emas sekarang pun agak mahal jugak berbanding masa aku beli dulu2..hihihi

Inilah serba sedikit tips berjimat untuk pelajar univeristi yang boleh aku kongsikan sebab aku memang buat masa study dulu. So..pelajar-pelajar universiti sekalian, kenaikan harga barang dan kos hidup ni memang perit ya amattt. Tapi kita masih boleh gembirakan diri kita sebagai remaja  dengan menyesuaikan gaya hidup mengikut kemampuan diri dan situasi ekonomi semasa. 

6. BUAT BISNES KECIL-KECILAN


Berniaga ni aku start buat time aku semester 2..Mula2 aku jual Kosmetik lepas try buat online..Memang sangat2 membantu aku hasil untung dari buat bisnes ni...Aku pun ada jugak letakkan produk2 aku dekat hostel dan hasilnya memang ada orang beli..Walaupun RM1 je barang kosmetik yang aku jual at least sehari aku boleh untung sebanyak RM70 daripada hasil jualan aku..Jom2 tengok page online produk aku (https://www.facebook.com/beautifulladyshop096?ref=br_rs) yang memang aku start buat semasa semester 3..Almaklumlah aku ni buta IT sikit even student it..hihihihi

PILIHAN DI TANGAN ANDA. JADILAH PELAJAR YANG BIJAK!


No comments:

Post a Comment