Thursday, 30 April 2015
Tutorial : Nota Pola Shawl Ala Neelofar
Tutorial : Jahit Telekung
Tutorial Telekung by Puan Azura Jamaldin
Friday, 10 April 2015
Kursus Jahitan Langsir Kolej Komuniti
Okey entry kali ni nak cerita pasal Kursus Jangka Pendek kat kolej komuniti.. Paling best bila pergi kelas kat kolej komuniti ni of course la kan jumpa kawan-kawan baru yang sangat best.. Yela aku kan suka berkawan so bila kita dapat kawan yang lebih tua dari kita memang dorang akan share segala elmu yang diorang ada kannn...Almaklumlah diri aku memang kurang garam lagi...Hahahaha
Hokeyy kelas kali ni yang aku pergi ialah Kelas Jahitan Langsir Taj Mahal...Wahhh gitu nama dia...
Thursday, 12 February 2015
Product Review : Babies Blink
Wednesday, 7 January 2015
Resepi : Sup Telur Simple
Assalamualaikum wbt...
Ok entry kali ni chef nur nak masak 1 resepi yang super duper kacang...hihihi...sup telur in the house...
Lets check it apa yang patut:
Bahan²: untuk sorang makan)
2 biji telur (of course bnda wajib)
lada hitam (tumbuk kasar)
cili padi (yg pedas)
bawang merah
kulit kayu manis
bunga lawang/bunga cengkih
minyak masak
garam
cuka(bagi masam² pedas gitu)
lada serbuk sikit
Cara²:
-panaskn minyak
-tumis bawang,cili padi,lada hitam,bunga lawang/cengkih,kulit kayu manis sampai naik bau
-masukan air dan tunggu smpai mdidih...sambil dok tunggu tu masukan garam dan cuka atau serbuk perisa..bagi sup tu sesedap rasa
-lepas mendidih sup perlahankan api then pecahkn telur sebijik²
-tunggu sampai telur masak then boleh makan
sangat sesuai bagi yang mengamalkan diet atkins...
lets try...
Monday, 5 January 2015
Sekadar Renungan
MOTIVASI DIRI
Assalamualaikum,
KENAPA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN? ..
TAPII..X SABARR...KAYA KAN DIRI SENDIRIII
Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat. Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.
Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu. Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.
☺Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.
Sedar ke tak..
Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.. Keluar Universiti gaji baru dalam RM2000-RM3000... 5 tahun kita boleh bertahan bersabar belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita. Kita boleh sabar!
Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau malam... Tambah traffic jem lagi.. berjam-jam atas jalan. Kalau naik Federal Highway lagi lah. Kita boleh sabar!
Bertahun-tahun kerja kenaikan sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita boleh sabar!
Bertahun-tahun kerja, naik pangkat belum tentu. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru dapat naik pangkat jadi manager. Kita boleh sabar!
Penat-penat bekerja, gaji cukup-cukup makan je. Ikat perut hujung bulan. Barang segala dah naik harga. Gi kerja untuk bayar hutang dan perbelanjaan. Nak simpan pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar!
Hari-hari pergi kerja buat kerja yang tak suka. Boss pulak marah-marah, arah itu ini. Dah rasa macam robot, buat kerja tak bawak hati bersama. Hari-hari macam tu.. sebulan.. setahun.. 5 tahun.. 10 tahun... Kita boleh sabar!
Sebulan bekerja.. Setahun bekerja.. 5 tahun bekerja... 10 tahun bekerja...15 tahun bekerja.. Kita tak ada nampak beza ketara.. Dari bujang sampai kahwin.. Sampai anak 3..
Rumah kita macam tu jugak..
Kenderaan...dahh naik panauuu
Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita boleh sabar!
Hidup seadanya ala kadar. Rumah ala kadar.. Kereta ala kadar.. Hulur duit kat mak ayah ala kadar.. kalau ada hulur.. Kalau tak ada buat-buat lupa.. Kita boleh sabar!
Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak.. mak ayah... Kita nak tolong Islam lebih lagi dengan duit kita sendiri.
Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri?
PERSOALAN NYA...
Apakah impian anda?
Apakah matlamat anda?
Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?
Buatlah BISNES dgn hati yg ikhlas kerana ALLAH SWT..
Niat nak tolong org..
Nak meningkatkan pendapatan..
Nak jadi jutawan dunia akhirat..
Nak bawak mak ayah mengerjakan haji/umrah..IN SHAA ALLAH..
IN SHAA ALLAH setelah segala harapan impian menjadi kenyataan matlamat yg paling tinggi dgn apa yg telah dberikan nak buat kebajikan nak berbakti dan berjihad di jalan ALLAH..
IN SHAA ALLAH YA ALLAH..
BANTULAH KAMI DENGAN KUASA MU..BERIKANLAH KAMI KEKUATAN SEMANGAT UNTUK KAMI MENCAPAI SEGALA HARAPAN,IMPIAN DAN MATLAMAT KAMI KERANA MU..
marilah sama2 kita tanam niat dalam hati untuk berjuang berjihad untuk agamanya dgn apa cara sekali pun sedaya yg kita mampu sesungguhnya kepada ALLAH.. IN SHAA ALLAH..
BEKALAN DAN SAHAM KITA UNTUK DIBAWA MENGADAPNYA NANTI..
IN SHAA ALLAH........
AMINNN....