Follow Me

Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

Resepi : Sup Telur Simple

Assalamualaikum wbt...

Ok entry kali ni chef nur nak masak 1 resepi yang super duper kacang...hihihi...sup telur in the house...
Lets check it apa yang patut:

Bahan²: untuk sorang makan)

2 biji telur (of course bnda wajib)
lada hitam (tumbuk kasar)
cili padi (yg pedas)
bawang merah
kulit kayu manis
bunga lawang/bunga cengkih
minyak masak
garam
cuka(bagi masam² pedas gitu)
lada serbuk sikit

Cara²:
-panaskn minyak
-tumis bawang,cili padi,lada  hitam,bunga lawang/cengkih,kulit kayu manis sampai naik bau
-masukan air dan tunggu smpai mdidih...sambil dok tunggu tu masukan garam dan cuka atau serbuk perisa..bagi sup tu sesedap rasa
-lepas mendidih sup perlahankan api then pecahkn telur sebijik²
-tunggu sampai telur masak then boleh makan

sangat sesuai bagi yang mengamalkan diet atkins...

lets try...

Sunday, 4 January 2015

Art Cafe

assalamualaikum 
hii


kali ni nak habaq pasal 1 kedai kat dalam Megamall Seberang Jaya..Yang bestnya pasal cafe ni sebab konsep cafe ni..Semua barang2 kat cafe ni berkonsepkan DIY...


Memang cantek sangat decoration cafe ni..maybe memang taste aku terlekat kat konsep DIY kot..
Jangan risau makanan dekat cafe ni memang sedap dan harga pun harga yang standard..ni pun total 2 org makan RM3o sahaja..


Masa aku pi di cafe ni haritu last day aku intern..memang mula2 takut nak jejak sebab macam mewah ja cafe ni..tapi bila tengok harga kira okay la...


time tu aku dan member ak just order hot milo,hot lemon tea, nasi lemak rendang and mee tomyam..wahh memang super sedap makanan dia..

kalau nak cam kedai ni senang ja..kedai ni terletak di tengah2 antara kfc dan mcd di dalam mall ni..

ok lets go and serbu cafe ni okie...see u next...

#food #foodporn #lastdayintern #jomakan

my friends during my intern..:)

Biskut Tiramitsu

haiii...
hokey taun baru ni takmau dah celoteh banyak2...huhu
meh sini meh jom sama2 kita buat tiramitsu ni okey
bahan2 dia simple sngat:
4sb tepung kastad
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat..depend kemanisan daya tahan anak tekak kita
1 cawan ayaq
biskut..ceq guna biskut merryy
milo

cara2 dia
1) masakkn tepung kastard, susu cayaq,susu pekat & ayaq sampai likat..
2) pas likat tutup api & biarkan sat
3) susun biskut dalam bekas leklok pastu tuang kastard dan ratakan dan taburkan milo
4) ulang alik step yg nomboq (3) tu
5) last sekali tabuq milo dan sejukan dlm peti ais

pastu boleh ngap...kalo member2 nak mintaq depa bayaq noh..hihi
kos nak buat dia bajet dlm rm15 henggit saja...
lets try hokey..tahun baru semangat masak2 pun kna baru jgak...
selamat beramal 
😍 😍 😍

Sunday, 9 November 2014

Resepi : Jeruk Asam Boi!!!

Assalamualaikum & Hii

Just nak share resepi yang baru-baru ni menjadi viral kat internet..Memang kechuq ayaq liuq kot tengok jeruk ni.Tapi alangkah kesiannya kat aku sebab aku ni bukan seorang penggemar asam...Just nak gigit-gigit comel tu boleh la..Nak telan sampai 1 plastik memang tak boleh..hahahaha


Nah bahan-bahan dia..Memang mudah cari tambah-tambah kalau kita tanam pokok ni depan ghumah..terus pi petik je....
Antara bahan yang diperlukan!!

so yummyyy!!!

Nak pedas-pedas letak cili banyak2 okeyy

yummyyy

So,lets try girls!!!





Wednesday, 29 October 2014

Resepi : Hokkaido Muffin

Wah3..Hokkaido Muffin..bajet macam kat Jepun pulak....hihihi..Resepi ni memang senang nak buat and dekat Malaysia pun kita boleh cari bahan-bahan dia juga...:)

Bahan A
-4 biji telur kuning
-30 g gula castor
-40ml susu segar
-40ml minyak jagung
-1sk esen vanila
-55 g tepung gandum
-20 g tepung kustard
-1 st baking powder


Cara-cara:
1.satukan gula,telur kuning dan kacau
2.masukkan minyak jagung,susu,esen vanilla dan kacau
3.masukkan tepung gandum dan kustard yg telah diayak


Bahan B
-80 g gula castor
-1/4 sk garam
-4 biji telur putih


Cara-cara:
1.pukul telur putih dgn mixer(high speed) sampai berbuih
2.masukkan sikit2 gula castor ngan garam
3.pukul lagi sampai kembang(kalau terbalik kan bekas..bahannya x jatuh)

+ campurkan bahan A dan B
+ jgn pakai mixer..pakai spatula jer..
+ masukkan dalam bekas muffin 3/4
+ bakar 15-20 minit dgn 170 celcius


Bahan2 custard
-1 sb tepung gandum
-1 sb tepung custard
-4 sb gula pasir
-200 ml susu segar
-1 bj telur+esen vanila sikit
-1 sb mentega


Cara-cara
1.masukkan semua tepung tu, gula dalam periuk
2.masukkan 1-3 sb susu segar,kacau(jgn berketul)
3.masuk baki susu dan esen
4.masak atas api sederhana
5.selalu kacau..jgn sesekali tinggal
6.bila nampak mcam dah pekat..masukkan mentega..
7.terus kacau sampai pekat dan berkilat..
8.tutup api kacau lagi sampai suam2..


Cara nak decorate
-sumbat sikit cream custard tu dalam muffin
-nampak comot sikit mula2..
-isi cream custard dalam piping bag..buat bentuk sikit kat surface yg nampak comot tadi(nak tutup kecomotan muffin)
-hias atas cream custard dgn apa2(kismis,strawberry..semua adik beradik berry pun boleh)..
- dah siap semua tu..tapis gula icing kat atas muffin(nampak mcm snow sikit)
-nak senang buat atas talam..x bersepah merata2 gulanya...
-siap dihidang..




Lets try girls!!!


Tuesday, 28 October 2014

Resepi : Detox Water

Assalamualaikum

Hiii entry kali ni nak sentuh pasal Detox Water. Aku pun selalu baca artikel pasal Detox Water ni. Sebernarnya Detox water ni amat sesuai untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan tanpa sebarang pengambilan ubat-ubatan. Actually pengambilan ubat-ubatan ini kita harus jaga untuk kesihatan kita. Macam doktor pulak aku membebel ni..hihihi

Lemon Detox Water

Air Detox juga dikenali sebagai Infused water. Ia ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Nak buat Detox Water ni senang je just potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum detox water ni. 

Kebaikan infused water/Detox water

Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
  • Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.

Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala


Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan


Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati


Sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut


Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi




Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok. Siapa rajin buat ? Tengok banyak mat salleh buat, I pon terikut nak buat. Lagi-lagi badan yang semakin membulat ni. Hihii..

Selamat mencuba okie...:)









Monday, 27 October 2014

Food Review: Damiral's Grill Restaurant & Coffee

Assalamualaikum...

Okie entry kali ni tentang food review..yeayyy this restoran memang 5star la bagi aku..sebab suasana dia memang tenang dan damai je..Memang sesuai untuk discussion di restoran ni..Restoran ni terletak berhampiran uptown Perda..Memang senang nak cari location bagi restoran ni,,

sumber from google..Ni gambar restoran Damiral's Grill Restaurant & Coffee ni


muka excited terlebih sebab nak makan

Muka selfie mintak penampor...hahaha

ni masa mula2 sampai di restoran ni..memang creative table decoration dia..:)

waiting for the menu..yummyyyy!!!

ni side dished yang diorang sediakan : TitBit RM 3.00

My febret : Banana Split RM 7.90

Mr F punya febret : Mango Lassi  RM 7.90

Also Mr F punya order : Texas Barbeque Chicken RM 15.90

 Rasa dia spicy and sour sikit.but so yummy la...

food presentation..i like...so creative..

After kami memporak perandakan makanan2 ni..

total cost...resit..

Apa2 pun memang ni salah satu western restoran yang agak popular and sedap makanan dia di peneng ni...

So lets go to this restoran okie...


Wednesday, 10 September 2014

Food Review : Kedai Ketam Nipah, Kepala Batas

Assalamualaikum..

Semalam teman la Mr.F pi makan ketam nipah...padahal aku yang masa tu dah makan ketam terpaksalah teman dia makan ketam lagi..Memang lepas ni badan aku pun macam ketam la..

Yang bestnya tempat kali ni memang betoi2 unik pada pandangan mata aku la..Sebab kedai dia memang kita susah nampak sikit dan dapur masak dia tepi jalan then kedai dia menghadap ke bawah jalan sikit..Macam ala2 kita turun bukit tu..huhuhuhu

Konsep makanan kat sini semua berunsurkan ketam nipah..Cuma time aku pi dengan Mr.F bukan time ketam kot..Sebab saiz ketam dia alahai comel2 je..Tapi yang speselnya kat sini makanan yang dimasak kat restoran ni memang sedapppp....aku habis nasik sepinggan...aku memang makan banyak tapi nak menghabiskan sesuatu makanan tu memang payah banyak la..:)




ni antara menu yang di order oleh kami Nasi putih 2 + papadom, ketam masak sweet and sour + teo o ais + oren ais 


ni la yang aku cakap tadi kedai dia..Memang spesel..kedai di atas kita di bawah..but memang best sebab dikelilingi padi yang tengah masak


Ketam masak sweet and sour..so yummyyyyyy!!!!!!


Memang nampak biasa je kan kedai ni..tapi makanan dia memangg sedapppppppp.........


total kami makan 2 ekor ketam semua hanya RM19 henggit sahaja...tu pun baru rm9.50 seorang..sapa nak bagi makan ketam dengan harga murah macam ni kan3????

So..what waiting for?? Jom pakat2mai kat Kedai Ketam Nipah di Kepala Batas ni..mai masa musim ketam nipah lagi best..Nampak ketam je uolls....

Nak alamat dia...Ni alamat dia :

Dropped Pin - Dropped Pin near Kampung Permatang Bogak 13100 Penaga Pulau Pinang http://maps.google.com/?q=5.502201,100.422973&hl=en&gl=us




Sunday, 7 September 2014

Kepala Batas Restoran

hii uolls...

weekend haritu memang my busy day..p kuala muda amik ikan la, tngok Lucy and bnyk lagi bnda yang aku buat..Live is wonderful..so before we are getting old better we do some activity that make us happy wokeyyyy...

Now my time to make a food review..Haritu memang planning aku nak pi kedai Happy Home area kepala batas tu..sebab barang kat situ memang murah..bayangkan tong sapa RM1.20 jaa...sapa nak bagi mai habaq kat cheqq..Memang aku pi situ haritu sebab nak mencari bakul baju..yela busy sampai malas lipat baju..nak bagi kemas bilik tu last solution sumbat ja dalam bakul..huhuhu..nak cari semak balik..adoiii

ok..kedai ni aku pi hari Jumaat malam..memang time pi situ ada band bagai..yela nak tunggu menu sampai penuhkan telinga dengaq lagu dulu..kita pun boleh request lagu apa for FOC..hahahaha...

time haritu disebabkan dan kenyang,so aku pun order potato wedges je..Mr F plak order chicken chop mushroom..ayaq plak order lime juice and teh o ais laici..Perghhh memang sedap la makanan kat sini and herge dia memang berpatutan...sedap toksah cakap sebab memang sedap pommm....

So,kepada sapa2 yang p kepala batas tu lets go to this restoran..Actually i cant remember the restoran name..but this restoran allocate near Fareeda shop if i not mistake..xpe2..nty aku cari balik nama kedai tu...Nak lagi ingat kedai tu ramai gila orang and ada band nyanyi lagu kat situ...

ni ayaq yang aku n Mr F order...memang modern betoi deco dia

chicken chop mushroom

chicken chop mushroom..so yummyy!!!!!

so, jom pakat2 mai Kepala Batas ok..memang terbaik la dia punya makanan..:)