Follow Me

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, 12 February 2015

Product Review : Babies Blink


Assalamualaikum readers...

Fuhhh...lama gila tak mengupdate blogg kesayangan ni..maklumlah busyy banyak sikit...Hokey this time nak story pasal product yang baru aku cuba dalam tempoh 3 hari...

Taraaa......babies blink in the house!!


Actually aku ni memang ada masalah kulit sensetip yang terlampau2..Pakai skincare yang salah memang menangis la tiap2 hari sebab kulit jadi menggelupas dan kering kontang macam kat padang pasir..haaa hiperbola sungguh ayat!!!

So haritu time aku amik keputusan nak tukar new skincare sebab tak tahan dah dengan skincare yang aku guna dulu...Memang pedih sangat2 muka aku bila aku cuci muka,pakai toner dan pakai krim siang dan malam skincare lama...So beware girls kalau kulit korang jadi macam ni better stop using the product hokay..Kalau tak lapisan kulit korang akan jadi nipis and that why muka cepat nampak kusam dan cepat kedut..

Muka before using babies blink ni...

So before nak tunjuk kesan dia jom kita tengok khasiat2 babies blink sampaikan aku yang susah nak tukar skincare ni boleh menggunakan skincare ni

Set Babies Blink 5 IN 1 ( New Set) Mengandungi :

1. Day Cream Babies Blink 25gram
2. Night Cream Magic Babies Blink 25gram
3. Glutacoll soap 
4. Serum Super Glowing 10ml
5. Toner White Glow (New)


KANDUNGAN SET BABIES BLINK :

99% kandungan Set Babies Blink mengandungi :
1. Pati Ibu Putih
2. Krim Glutathione
3. Pati Buah Berry + Susu Madu
4. Tidak mengandungi HIDROQUINON & MERKURI

KELEBIHAN UTAMA SET BABIES BLINKS 5 in 1:

- Mengecilkan pori-pori wajah
- Mencerahkan 12x ganda dari agen pemutih
- Menjadikan kulit cerah + pinkish
- Melicinkan kulit secara maximum
- Membantutkan kenaikan jerawat baru
- Membantutkan pertumbuhan jerawat
- Menghilangkan jeragat dalam 5 hari bergantung pada jenis jeragat
- Melembapkan kulit seperti chewing gum
- Mengimbangkan minyak berlebihan


GLUTACOLL SOAP:
-Menghilangkan bintik-hitam
-Mengecutkan jerawat
-Cuci muka 2 kali sehari pagi & malam menggunakan glutacol soap

MAGIC NIGHT CREAM:
-Mencerahkan 12x ganda
-Melicinkan kulit
-Menghilangkan fleks parut jerawat serta jeragat dan bintik hitam
-Sekatakn tona kulit
-Menghilangkan jerawat
-Memudarkan parut-parut jerawat & parut hitam
-Menggebu & menghaluskan kulit
-Mencerahkan kulit seawal 24jam
-Kulit lebih pinkish & kenyal
-mengecilkan pori ~ sesuai untuk semua jenis kulit
- Boleh juga disapukan di bibir untuk mendapatkan bibir yg pinkish (sangat berkesan kat aku)
- Dari anak gadis seawal 12 tahun boleh untuk menggunakan Babies Blinks Set

ANTIBIOTIK DAY CREAM:
-Mencegah pertumbuhan jerawat
-Meresap minyak di muka menjadi lembapan~kulit bebas minyak
-Membuatkan kulit segar & berseri
- Memberi perlindungan penuh dengan SPF60
- Sesuai untuk semua jenis kulit ~ sensitif,jerawat,berminyak & kusam

SERUM BABIES BLINK
-Mencerahkan dan membekalkan kelembapan pada kulit

TONER WHITEGLOW (BARU)
-Membuang segala 100% daki dan kotoran pada muka serta badan
-Mencerahkan 5 kali ganda dari bahan pemutih yang lain.
-Mengimbangkan minyak berlebihan serta kulit tampak lebih bersinar seawal 1 minit...

So setelah menggunakan product ni memang kalau kuaq rumah ka dating ka sekarang ni memang tak makeup tebal2 dah..langsung tak makeup...just pakai set babies blink je...

my new face!!thanks babies blinkk!!!!


Tuesday, 2 December 2014

Tip Putihkan Gigi..mihmihmih


Assalamualaikum
Hii readers..

Now Nur nak share tips jimat nak putihkan gigi..Actually dengan bahan-bahan semulajadi je kita dah boleh memutihkan gigi kita and yang paling penting dapat jimatkan duit. Kalau di hospital or klinik-klinik swasta berapa dah kan kita kena bayar untuk cost whitening ni kan...

So lets check it girls:

Arang bersikan kotoran gigi
  • Caranya : 
Basahkan berus gigi then campurkan serbuk arang tu.Campuq sikit je hokeyyy...Lepastu berus gigi dengan gerakkan bulatan ikut arah jam/lawan arah jam selama 2-3 minit..Lepastu jangan terkejut pulak tengok gigi anda yang hitam tu..Cuci gigi sampai bersih dan kotoran arang udah ilangg...
Actually serbuk arang ni membantu mengatasi masalah gigi kuning kerana serbuk arang ni mampu membersihkan gigi dengan baik lagi suci. But petua ni jangan diamalkan selalu hokey             terutamanya yang ada gigi sensetip macam Nur ni. Just buat seminggu sekali je hokeyyy..:)

serbuk arang untuk gigi kita hokeyy:)


Buah strawberry & minuman soda
  • Caranya : 
Lenyek buah strawberry then campuqkan dalam air minuman soda. Lepas tu sapukan benda ni pada berus gigi dan gosok gigi dengan lemah lembut. Bersihkan gigi then gosok lagi gigi macam biasa degan unat gigi. Buat petua ni seminggu sekali sahaja hokeyyy..:)

Buah strawberry & soda

Kulit lemon untuk memutihkan
  • Caranya : 
Hatni memang Nur suka...Kita just gosok gigi dengan bahagian dalam kulit lemin atau oren. Lepas tu bilas sampai bersih. Gosok gigi lagi sekali macam biasa guna ubat gigi. Untuk dapat hasil yang cepat buat la petua ni seminggu sekali hokeyyy...
Actually kulit lemon atau oren dapat membantu menghakis kotoran dan memutihkan gigi. 2 in 1 tips ..:)
Kalau rasa lemon tu mahai yang ni pun boleh jugak pakai...hahahahha

       
      Produk tenusu bersihkan mulut..no bau2 ea...:)
  • Caranya : 
Actually produk2 berasaskan susu ni macam susu,keju and yogurt ada kandungan mineral yang dapat membantu menguatkan dan putihkan gigi. Susu dan yogurt juga boleh mengekalkan kebersihan mulut.So just banyakkan minum minuman berasaskan tenusu untuk gigi kite hokeyy...
omaigodd..susu?????? @__@


Serbuk buah pinang
  • Caranya : 
Bakar buah pinang sampai hangus, then hancurkan.Kalau Nur yang pemalas ni just pakai blender je..Sapu serbuk buah pinang pada gigi,gosok gigi perlahan-lahan guna kain hokeyyy..Ini memang petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu2.
Amik buah dia taw bukan kulit dia...


Garam & Lemon
  • Caranya : 
Potong lemon kepada 4 bahagian. Lepastu taburkan garam pada lapisan ni. Gosok gigi dengan perlahan-lahan/slow motion. Petua ni boleh diamalkan 2 kali sebulan sahaja sebab garam boleh merosakkan enamel gigi...

Pasai pa tak taw aku seram tengok gambaq ni..Ghase gigi aku bergetaq2...hahaha


So, good luck and selamat mencuba..:) 

Senyummm tak perlu kate apa2  ^_^



Tuesday, 28 October 2014

Resepi : Detox Water

Assalamualaikum

Hiii entry kali ni nak sentuh pasal Detox Water. Aku pun selalu baca artikel pasal Detox Water ni. Sebernarnya Detox water ni amat sesuai untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan tanpa sebarang pengambilan ubat-ubatan. Actually pengambilan ubat-ubatan ini kita harus jaga untuk kesihatan kita. Macam doktor pulak aku membebel ni..hihihi

Lemon Detox Water

Air Detox juga dikenali sebagai Infused water. Ia ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Nak buat Detox Water ni senang je just potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum detox water ni. 

Kebaikan infused water/Detox water

Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
  • Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.

Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala


Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan


Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati


Sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut


Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi




Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok. Siapa rajin buat ? Tengok banyak mat salleh buat, I pon terikut nak buat. Lagi-lagi badan yang semakin membulat ni. Hihii..

Selamat mencuba okie...:)









Sunday, 7 September 2014

Makanan Pebret Rasulullah SAW

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


pic xde kena mengena dengan post!!!hihihihi

Thursday, 4 September 2014

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST


Makanan yang perlu dielakkan:
1) Soya dan evening primrose
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2) Ayam
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.
3) Ikan keli yang dibela
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat..huhuhu
4) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.
NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersam
a jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau
Makanan yg harus di elakkan
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak
FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst
BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.
ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka