Follow Me

Tuesday 25 November 2014

Khasiat Teh Hijau

Assalamualaikum wbt...
Hii readers...

Entry kali ni memang nak celoteh pasal Green Tea atau dalam bahasa kita teh hijau..Actually dulu tengok boss tempat aku keje ni memang suka sangat minum teh ni...Sehari beruncang-uncang dia minum sama banyak dengan air mineral..Aku pun naik kening pikiaq kenapa la dia suka sangat dengan teh ni..

So lepas google baru aku taw banyak kajian/research kat merata dunia telah dilakukan ke atas green tea/teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaatkan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah :


  1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  2.  Membantu mengawal paras gula darah
  3.  Membantu dalam sesetengah penyakit barah. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah. 
  4. Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. 
  5. Menurunkan aras kolesterol.Kolestrol yang tinggi memang x baik untuk kesihatan. Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol. Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan.
  6. Menjaga tekanan darah  
  7. Merawat batuk 
  8. Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit 
  9. Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser 
  10. Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri) 
  11. Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf. Yang ni memang setuju sebab tengok boss aku ni susah nak marah bila buat kerja.Kalau tensen pun dia tensen sorang2 ja...Lega aku!!
  12. Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia 
  13. Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah 
  14. Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya..Yang ni pun betoi..Kulit boss aku even laki memang cantik and flawless gitu...even umur dia dah tua pun still muka dia nampak muda..
  15.  Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.  
ok disebabkan tu aku pun dah start berGreen Tea atas pengaruh kulit boss aku..hahaha... green tea yang aku ambik adalah green tea jenama lipton... 

first time minum... memang aroma dia buat aku rasa ummmmppp..tenang je..Memang ada sesetengah orang yang tak suka teh ni sebab rasa dia tapi pada aku memang sedap sebab manis dia manis asli. Maybe aku senang nak adapt dengan teh ni sebab aku ni memang tak suka benda manis dan berwarna terang sangat...Kalau bancuh ayaq sirap memang aku failll..sebab kedekut warna sangatt...gula pun aku kedekutt...hahahaha


Jom kita start berGreen Tea okie

Another benefits of green tea

Keep Calm and Drink Green Tea..Saya suka ^_^

Green Tea ke???



Monday 24 November 2014

Travel : Penang Part 1

Assalamualaikum wbt
Hii

Entry kali ni nak cakap pasal Penang...Yela kan dah nak habis kerja baru dapat jalan2 dengan member..Ok kali ni memang nak cherita macam mana kita nak melancong ke penang dengan kos yang murah..Actually penang ni pun salah 1 warisan sejarah bawah UNESCO taw.So rugi kita sebagai rakyat Malaysia tak pi sini kan.



Pengakutan utama di Penang..Memang banyak disediakan basikal dan moto sewa di sekitar ni..Sewa dia memang murah..Kalau aku just sewa basikal ni RM8 henggit untuk 1 hari..Memang lenguh kaki nak ngayuh tapi memang best!!!

Ni masa dekat 3D History Tunnel berdekatan dengan Sekolah Convent Penang.. Bayaran nak masuk only RM12 henggit sebab dapat diskaun.Masa sewa basikal ni dapat kupon diskaun nak masuk sini..^____^ 

Kung Fu Panda.Mata & pipi pun macam panda dah..*___*

P.Ramli in 3D image...Memang terjaga tempat ni

Anti graviti place..Yang bestnya kat sini ada orang tolong ambil gambar kita just FOC!!!Benda free memang laju!!!


My friend during my intern..Sama2 kena marah dengan client,sama2 pi makan,sama2 buat keja last minute & suma together2. Pi toilet je x sama2..hahahaha

Berangan nak jadi tinggi konon..Cehhh "___"

Bajet tahan la sangat...Tapi sangat unik dia punya art di sini

Ni moral art untuk kaum china masa mula2 datang ke Tanah Melayu dulu...

Mr.Bean..One of my favorite cartoon 

Jawap kuiz dapat hadiah puzzle!!!Saya suka ^__^

Penang history before World War!!!

Traditional Malay culture 

I suka Kebarung/Kebaya..Still elok lagi kebaya ni..Rasa macam nak curi jaa....arghhhhhhhhh

haaaaa..Aku yang memang ulat buku ni memang sah2 kena pi kedai ni..Secondhand Book Shop..Ada banyak collection buku yang lama2 dan still elok lagi..

Pusing3x lagiii...

Moral art..FOC



Bye3x!!!

Still mengayuhhh....



Rumah tinggalan tentera Jepun..

Learn History But Never Repeat Their Mistake.
If you stop learning, you stop creating history and become history.

Quotes of The Day


Sunday 9 November 2014

Resepi : Jeruk Asam Boi!!!

Assalamualaikum & Hii

Just nak share resepi yang baru-baru ni menjadi viral kat internet..Memang kechuq ayaq liuq kot tengok jeruk ni.Tapi alangkah kesiannya kat aku sebab aku ni bukan seorang penggemar asam...Just nak gigit-gigit comel tu boleh la..Nak telan sampai 1 plastik memang tak boleh..hahahaha


Nah bahan-bahan dia..Memang mudah cari tambah-tambah kalau kita tanam pokok ni depan ghumah..terus pi petik je....
Antara bahan yang diperlukan!!

so yummyyy!!!

Nak pedas-pedas letak cili banyak2 okeyy

yummyyy

So,lets try girls!!!





Quotes of the day


Movie Review: Dracula Untold

Assalamualaikum wbt

Okeyyy jom kita tengok plak review aku pasal this movie, Dracula Untold. Actually dah lama dah tengok cerita ni then sekarang baru tergedik-gedik nak review...huhuhuhu

First jom tengok video trailer dia dulu okeyy!!

Official Dracula Untold thriler

SYNOPSIS: 
Commercials helmer Gary Shore makes his directorial debut with this historical origin story of the most famous of vampires for the modern age. Luke Evans stars as a young prince who, when the lives of his wife and child are put in danger by a bloodthirsty sultan, risks his soul to save them, and in the process becomes the first vampire..

Untuk tengok/baca plot cerita ni pulak sila rajinkan jari anda untuk click link ni okie..
------------->>>>>>>> Dracula Untold Plot

Dracula Untold Poster

Part yang suspens dalam cerita ni

Raja yang melawan tentera Turkey

Perjanjian dengan syaitan untuk jadi kuat

Actually dalam movie ni banyak fakta yang diterbalikkan. Contohnya peperangan di antara tentera Dracula dengan kerajaan Turkey. Cerita ni berlatarbelakangkan sejarah kegemilangan kerajaan Turkey suatu ketika dahulu..

Bagi aku cerita ni memang best tambah-tambah aku adalah penggemar cerita Sains Fiksyen,Sejarah dan seram.

Untuk film ni aku bagi 5 STAR!!!! perlu ke caption besaq2???hahahaha






Movie Review: Annabelle

Assalamualaikum...

Okie this time nak review pasal Annabelle plak..Memang dah lama tengok tapi still gedik nak buat review jugak..


Click this video to see the official trailer of this movie!!!


SYNOPSIS:
This spin-off from James Wan's "The Conjuring" features the terrifying doll from the first movie that's possessed by a demon. Here, Annabelle threatens a young couple, Mia and John and their newborn baby, when John unknowingly brings the doll back to their home.

Banyak jugak la adengan dalam film ni yang membuatkan aku mampu hilang jantung..Film ni penuh dengan suspens dan bagi aku memang patung dia sangat hidup..fuhhhhh!!

Time tengok cerita ni pun MR.F banyak gila kuaq pi toilet.Satu pembaziran wang keluar yang sedang berlaku...Aku yang sememangnya penggemar cerita-cerita seram memang tak berganjak langsung.Sebab cerita ni penuh suspens yang kita nak taw lepas ni jadi apa and bla..bla..bla..

Untuk plok cerita Annabelle ni please click here -------->>>>>>> Annabelle Plot Review

Patung yang mempunyai roh jahat!!


Part ni memang suspens dalam cerita ni

Kalau aku lebih rela tido!!zzzz


The real Annabelle Doll

Untuk movie ni aku bagi 4 star out of 5 stars sebab memang menakutkan jugak la bagi aku and plot dia mudah untuk dihadam..

So,lets get the DVD for this film wokeyyyy....



Movie Review: Interstellar

Assalamualaikum

Entry kali ni memang nak review pasal Interstellar movie. Masa mula-mula beli tiket memang tak pernah terpikir panjang gila masa movie ni. Berbaloi la beli tiket wayang untuk movie yang hampir 3jam. Kebas segala sendi duduk kat dalam cinema time tu. Yang paling best langsung tak kuaq pi toilet pun..Sesuatu yang membanggakan aku.hahaha

Actually sesiapa yang plan nak tengok this movie korang mestilah menyukai cerita-cerita pasal sains fiksyen ni. Ingat tak masa belajaq fizik dulu banyak teori-teori pasal Morphy Law la, Momentum la..memang film ni banyak bermain dengan hukum-hakam fizik.

Cerita ni memang pada aku slow sikit but benda yang director olah more to educational film,relationship between father and son dan yang paling best tak da unsur 18SX dalam cerita ni. Baju-baju hero dan heroin pun baju angkasa lepas je. So memang best..

Click here----------->>>>>>>> Plot of this film

Untuk cerita ni, I give 3.5star out of 5..Jom tengok film ni wokey!!!!


Poster : Memang dah menarik minat nak tengok movie ni kan

Antara part yang menyentuh jiwa raga..hahaha

Hero to this film.Memang lakonan dia menjadi la!!



Monday 3 November 2014