Follow Me

Tuesday, 16 September 2014

Shopping time di Lee/RMY Bundle

Salam...

hii uolls....

haaa??bundle je tempat ko shopping Nur??benda2 macam gini memang selalu orang akan cakap kat kite..Actually for me lah kan there is no wrong la if you shopping kat bundle..Nak malu buat apa..nanti basuh2 cantik jugak baju tu..

Kalau aku nak spent duit henggit sampai beratus-ratus kat mall tu memang idak la..membazir..duit kalau pandai manage memang kita x akan rugi oo…

Btw semalam aku bersama Mr driver ku pergi ke Kubang Semang semata2 nak pi ke ledai bundle ni..Ni pun hasil maklumat aku dpat dari blog http://www.jumiesamsudin.com ..memang time godek2 blog ni aku tertarik dengan apa yang bloggers ni ckap..

Maka..selepas balik koje dan Mr driver dalam mood baik maka kami pun pergi la ke RMY Bundle di Kubang Semang ni..Nak di jadikan cite location die memang dekat dari rumah aku..About 6.7km kalau ikut Waze dari Seberang Jaya..Memula tu tersesat la jugak  dan ditambah pulak bateri driver n co-driver habis teruihh…adoi3x..Last2 kiteorg dpat jmpa tp x sempat amik pic
Tapi kedai bundle ni senang dicari taw sbb location die memang di tepi jalan sebelah kiri..Masa mula2 aku sampai tu lori bundle bru sampai…wahhhhhhhh!!!so lucky day…plak owner RMY bundle ni suruh aku bkak sendiri packing bundle yang besaq tu…waaaaaaaaaaaa…lagi la aku suka..

waaa...xnak balik...kasut x jumpa..adoiii!!!

Memang aku plih habis…tapi syang x dan amik pic…tapi ,mostly yang aku pilih kebanyakan jeans,jacket jeans, belt, kemeja, tshirt and dress…penuh 1 beg plastic sampah tu aku borong…herge?????herge dye bagi buat aku nak pengsannn..RM23 only!! omaigoddddd…..


tenggelam dalam timbunan baju...


memang borong habis aku semalam sampai 4 kali aku kene basuh baju harini..tapi aku puas hati sebab jeans aku dapat banyakk…hahaha

ko ingat senang ke nak beli jeans..paling cikai jeans cap ayam yang baru pun rm25..haaa..ko tengok aku dapat jeans semalam hamper 10 helai x termasuk yang len bru rm23..brand lagi power aku dapat semalam macam Guess,Levis,Voir,MnG dan x sempat nak belek..

Korang mesti x sabaq nak taw location aku pi semalam kan3x???Jawap lah ye3x..hahaha


How to go there?
Okay u olls.  Cara mudah untuk u olls ke sana.

1.      Masuk highway BKE (Butterworth - Kulim Express) dari bulatan Seberang Jaya tu menghala ke Kulim.
2.      Lepas tol yang pertama (RM1.60) ampa akan nampak simpang kiri bertajuk "Kubang Semang".  Masuk simpang kiri itu.
3.      Simpang kiri tu actually macam jejantas/ jambatan yang akan membawa kita ke arah kanan lebuh raya.  So terus saja masuk kanan.lepas naik jejantas.
4.      Lepas turun ke kanan kita akan jumpa traffic light simpang tiga.  So amik kiri.  
5.      Drive sampai hujung kita akan jumpa simpang tiga traffic light lagi.  Kat sini kita akan jumpa Masjid Kubang Semang kat kiri kita.  Dan stesyen minyak MOBIL di kanan kita.  Masuk kanan.
6.      Okay,  kat sini slow slow perlahankan kereta dan u olls akan nampak LEE BUNDLE kat blah kiri jalan.  

Google Maps

Sunday, 14 September 2014

Kebaikan Bamboo Charcoal Slimming Suit

Assalamualaikum

hii uolss...

PERUT BUNCIT???
 SUAMI DAH TEGUR???
 Anak dara tp dah macam beranak 3???

owhhh noo..........jangan pandang mudah benda2 ni hokeyyy!!!

Jangan ambil mudah perkara yg kita rasa remeh kerana yg remeh boleh jadi RUMIT! 

Ada penyelesaian ke sis???of course ade..kalau setakat tanya ja tapi x gerak2 memang susah hokeyy...

Cubalah BAMBOO CHARCOAL SLIMMING SUT dgn harga promosi dari kami!!!

nak taw kebaikannya??? Memang banyak kebaikannya...Sebab tula aku pakai sampai sekarang..Kesan boleh nampak selepas 2 minggu kita pakai..

 Kebaikannya :

1) Diperbuat daripada gentian arang buluh yang anti kuman. 

2) Mempunyai sinar infra red yang dapat melancarkan peredaran darah dan membentuk tubuh yang lebih menarik. 

3) Membakar lemak berlebihan terutamanya di bahagian perut. (yang ni memang masalah aku tapi selepas pemakaian           korset ni memang masalah ni dapat diatasi sikit demi sikit) :)

4) Mudah dipakai, tidak panas dan sangat selesa 

5) Tidak bertulang dan berlipat2. So kalau pakai perut2 yang berlipat tu memang x nampak berlipat...memang best

6) Tidak perlu tanggal sut untuk ke tandas. Lubang disediakan utk memudahkan pembuangan air besar dan kecil.

7)  Juga sesuai untuk ibu yang breasfeed kerana tidak menganggu penyusuan. 

PEMAKAIAN YG KONSISTEN DAPAT MEMBENTUK TUBUH ANDA MENJADI LEBIH MENARIK!!! Jangan biar diri anda di dalam dilema.

Korset ini merupakan korset yang termurah di pasaran yang kami jual...Yang pasti kami menjual barang2 yang original dan bukan ciplak hokeyyy!!!


Original Bamboo Korset


 Bertindak sekarang!!! Pm sy jika berminat.Atau anda boleh whatapps saya di nombor ni : 0149078138

Wednesday, 10 September 2014

9 Perkongsian Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan Oleh Dr. Azizan

Assalamualaikum...

Sapa yang tak kenal Dr Azizan Osman kan?? Memang dulu2 aku selalu join kelas2 free Dr Azizan sampaikan masa bulan June 2014 haritu barulah aku berpeluang pi kelas berbayar Dr Azizan di The Mines. Memang seminar 4 hari tu banyak giler yang Dr Azizan ajar..

Sekarang memang time yang sesuai nak bagitaw pe yang aku dapat masa seminar IMKK haritu..1st Dr Azizan start seminar dia dengan MESTI..what is MESTI?? siap berhuruf besaq bagai...hahahaha

9 KUNCI TERHEBAT DALAM PERNIAGAAN


Berdasarkan pengalaman serta kajian saya sendiri, 90% daripada usahawan yang baru berniaga, mereka akan mengalami dua situasi ngeri iaitu: Tidak berjaya buat banyak duit. Akhirnya mendorong kepada satu lagi situasi, di mana perniagaan mereka lingkup teruk dan akhirnya “tutup kedai”.

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk membuatkan bakal usahawan trauma atau takut untuk memulakan perniagaan. Apa yang mahu ditekankan adalah kepentingan memahami formula, yang terbukti membantu kita untuk mencipta jalan kejayaan menerusi perniagaan. Kuasai Formula M.E.S.T.I. Formula itu adalah M.E.S.T.I (M = Mentor, E = Elmu, S = Sistem / Strategi yang betul, T = Tindakan yang betul, & I = Impian yang jelas). Ramai yang ghairah dan teruja apabila melihat orang lain berniaga dan berjaya mengubah kehidupan mereka. Namun mereka terlupa beberapa elemen penting. 

Tanpa ilmu perniagaan, tanpa mentor yang terbukti berjaya, mereka akan terus dihimpit kegagalan dalam perniagaan. Situasi kurang enak ini berlaku dalam 90% diri usahawan. Di mana mereka lebih rela melanggar dinding berkali-kali, membakar duit sendiri tanpa memperoleh sebarang pulangan, membuang masa dan tenaga melakukan perkara yang masih diragui keberkesanannya, dan terus mencuba nasib. Akibat daripada situasi-situasi ini, keputusan terakhir mereka adalah mengangkat bendera putih dan menyerah kalah. Untuk mengelakkan diri kita daripada tergelincir dalam situasi-situasi ngeri seperti yang disebutkan di atas, penting untuk kita faham tentang 9 formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan. Khususnya untuk bakal usahawan dan usahawan yang baru mula bertapak. 9 formula ini dapat membantu kita untuk mengubah rentak perniagaan serta merta.

1. Matlamat Perniagaan & Peribadi yang Jelas.

Sebelum berniaga, fahami dan jelas tentang sebab utama kita memulakan perniagaan. Kenapa kita memilih untuk berniaga? Apakah matlamat yang ingin kita kecapi daripada perniagaan? Apakah impian kita? Ini kerana, perniagaan sebenarnya bertindak sebagai alat. Matlamat, impian dan sebab kita adalah faktor pemangkin kejayaan dalam perniagaan. Kebanyakan mereka yang berjaya dalam perniagaan, terdiri daripada golongan yang mempunyai matlamat yang jelas. Dalam masa sama, matlamat peribadi yang jelas juga biasanya menyebabkan kita terpaksa berjaya.

Contohnya dalam kes kejayaan pelabur bertaraf bilionair, iaitu Warren Buffett. Sejak 35 tahun dahulu, beliau memang mempunyai minat yang dalam terhadap produk-produk baru, yang ada dalam pasaran. Secara tidak langsung, mendorongnya untuk membeli saham-saham yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar produk-produk itu.

Setelah sekian lama bergiat dalam industri saham dengan hanya berdasarkan minat dan matlamat yang jelas, Warren Buffet berjaya mengaut keuntungan sehingga ribuan kali ganda dalam masa beberapa puluh tahun.

Selain beliau, anak muda yang mengasaskan laman sosial Facebook iaitu Mark Zuckberg juga mempunyai cerita kejayaan yang hampir sama. Beliau bermula dengan mempunyai matlamat peribadi yang jelas. Mark Zuckerberg mahu mengenali ramai gadis-gadis di universitinya. Oleh sebab itu, beliau mencipta satu sistem di Internet yang digelar sebagai “Facebook”. Malah, hari ini beliau memegang status sebagai bilionair termuda di dunia.

Situasi seperti ini juga berlaku dalam diri para peserta program saya yang sudah bergelar jutawan. Mereka bermula dengan wang poket yang sedikit. Namun disebabkan matlamat mereka jelas, iaitu mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada insan yang mereka sayangi, maka mereka tidak mencipta sebarang alasan.

Matlamat yang jelas ini sangat penting. Selain membantu kita mempunyai fokus yang kuat untuk mencapai apa yang kita mahu, ia dapat menyelamatkan diri kita daripada terpengaruh dengan emosi negatif, apabila menghadapi sebarang cabaran dan halangan dalam perniagaan.

Justeru itu, tulis dengan jelas matlamat yang kita benar-benar mahu capai. Tulis sekali tarikh atau tempoh untuk kita realisasikan matlamat itu. Kemudian lihat bagaimana rentak perniagaan kita mula berubah sedikit demi sedikit.


2. Kenal Pasti Masalah, Kenal Pasti Solusi

Ini adalah masalah utama yang berlaku dalam diri usahawan yang gagal memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan. Mereka tidak mampu untuk menjawab soalan seperti, “Apakah masalah kritikal yang dihadapi oleh orang ramai, yang menyebabkan mereka memerlukan produk atau perkhidmatan anda?” Jika soalan ini tidak boleh dijawab dengan padat dan penuh keyakinan, maka ia menjelaskan bahawa kita sendiri tidak memahami perniagaan yang dijalankan.

Untuk menjadi usahawan berjaya, penting untuk kita mengenalpasti masalah sebanyak yang mungkin. Kerana tugas bisnes yang hakiki adalah menyelesaikan setiap masalah yang ada, menerusi produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Contohnya, kita menjual karipap panas berintikan daging serta kentang pada waktu petang. Masalah yang dapat kita selesaikan adalah masalah individu yang bekerja di pejabat di luar sana, yang ingin mendapatkan karipap sedap di waktu petang.

Bukan itu sahaja. Kita juga boleh menyelesaikan masalah isteri-isteri yang ingin menghidangkan karipap panas yang sedap di rumah, untuk seisi keluarga bagi menikmati waktu petang. Malah bagi yang mempunyai masalah emosi terganggu kerana merindui karipap panas masakan ibunya, kita sebenarnya sedang menghulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalah itu. Dalam perniagaan, lagi banyak kita dapat kenal pasti masalah, lebih mudah untuk kita melaksanakan strategi pemasaran dan mencipta keyakinan dalam diri pelanggan terhadap bisnes kita.


3. Strategi "Bootstrap"

Usahawan yang gagal sering menyalahkan isu modal sebagai alasan mereka gagal, atau tidak berjaya dalam perniagaan. Hakikat yang sebenar adalah, kita tidak perlu modal perniagaan yang besar untuk bermula. Kebanyakan peserta program saya memulakan perniagaan dengan jumlah modal yang kecil. Strategi ini digelar sebagai strategi “bootstrap”.

Maksudnya, kita memulakan perniagaan menggunakan apa yang ada dalam diri. Kita gunakan bakat, minat atau kemahiran sedia ada untuk menawarkan servis atau produk kepada para pelanggan yang memerlukan. Selain itu, kita juga boleh menjual produk atau perkhidmatan milik orang lain.

Kisah Mat Jenin dapat dijadikan sebagai iktibar untuk memahami strategi ini dengan lebih mendalam. Beliau bermula dengan mengambil upah panjat kelapa. Kemudian duit upah itu digunakan untuk membeli ayam. Apabila ayam bertelur, telurnya itu dijual di pasar. Selepas itu, beliau kumpul duit supaya dapat membeli kambing. Mat Jenin mula menjual susu kambing dan mengumpul duit untuk membeli lembu. Sebaik sahaja lembu dibeli, beliau menjual susunya pula. Sehinggalah satu hari semua lembunya berjaya dijual dan akhirnya Mat Jenin menjadi kaya raya.

Namun satu daripada masalah ketara beliau adalah, Mat Jenin hanya berangan-angan tanpa sebarang tindakan. Namun apa yang jelas di sini adalah pendekatan strategi “boostrap” yang beliau angankan. Dalam masa yang sama, kesabaran juga memainkan peranan penting untuk melaksanakan strategi ini.

4. Test, Trial dan Adjust (Dare to Explore)


Istilah menguji adalah istilah yang terbaik bagi menjelaskan formula yang keempat ini. Penting untuk usahawan menguji permintaan di pasaran, dengan menjalankan percubaan demi percubaan supaya produk atau servis kita dapat diterima pasaran.

Apabila kita menjual karipap berintikan daging dan kentang, langkah pertama adalah memberikannya kepada beberapa orang untuk merasa terlebih dahulu. Kemudian minta maklum balas daripada mereka. Ambil perhatian terhadap maklum balas yang diberikan. Lakukan ubahsuai dan penambahbaikan sehingga kita benar-benar berpuas hati.

Langkah ini penting sebelum kita memasarkan produk atau servis secara agresif dan besar-besaran. Lagi Formula Dalam Edisi Seterusnya. Dapatkan lima lagi baki formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan, dalam edisi Majalah Maskulin Januari 2013


5. Guna Keuntungan Untuk Kembangkan Perniagaan

Formula ini adalah formula yang kritikal dalam perniagaan, khususnya untuk perniagaan yang baru bertapak. Perniagaan yang berjaya menjana keuntungan semasa ia masih kecil, akan terus berjaya mengaut keuntungan sebaik sahaja bisnesnya berkembang besar. Ini kerana untung yang konsisten dapat membuatkan perniagaan kita untuk mempunyai aliran tunai yang bagus. Oleh itu, rancang aliran tunai bisnes kita. Simpan duit sebanyak mungkin supaya kita dapat kembangkan perniagaan, tanpa perlu melakukan pinjaman.

Sebagai contoh, kita memulakan perniagaan karipap secara kecil-kecilan dan memiliki satu tapak sahaja. Keuntungan bersih yang kita berjaya peroleh adalah RM100 sehari. Duit untung ini kemudian digunakan untuk membuka tapak yang kedua, ketiga dan seterusnya. Cara ini dapat mengelakkan diri kita daripada membuat sebarang pinjaman. Bayangkan kita mempunyai sekurang-kurangnya 10 tapak perniagaan, yang menghasilkan RM100 sehari dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang. Ini bermakna jumlah keseluruhan untung bersih kita adalah RM1,000 sehari.


6. Pilih “Tentera” Bisnes Dengan Teliti & Betul
Maksud “tentera” adalah pekerja. Kita tidak akan mampu menguruskan perniagaan seorang diri. Usahawan yang bijak adalah usahawan yang pandai memilih pekerja yang bagus, untuk membantu mencipta lebih banyak kejayaan. Untuk mendapatkan tentera yang berkualiti, komited dan bagus, langkah terbaik yang boleh kita lakukan adalah menulis senarai “pekerja impian”. Tulis mengikut kriteria yang kita mahukan, supaya ia dapat dijadikan sebagai satu garis panduan apabila memilih pekerja.
7. Kembangkan Perniagaan Menerusi Fasiliti Perniagaan

Apabila kita berjaya menjana keuntungan yang konsisten dan mempunyai aliran tunai yang positif, ia adalah signal yang mencerminkan kredibiliti kita untuk diberikan pinjaman. Walaupun membuat pinjaman adalah satu tindakan yang berisiko, namun ia sebenarnya adalah langkah yang bijak bagi usahawan yang celik wang. Wang itu boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih pantas. Namun perkara paling penting di sini adalah mempunyai disiplin dalam memperkemaskan aliran wang tunai syarikat. Pastikan setiap transaksi duit keluar masuk dilakukan dalam satu akaun bank sahaja. Ini adalah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh majoriti usahawan. Hatta yang baru atau mereka yang sudah berpengalaman bertahun-tahun dalam perniagaan. Aliran tunai adalah indikator penting pihak bank. Mereka tidak peduli kisah jualan perniagaan kita, jika aliran tunai itu tidak dapat dibuktikan menerusi akaun bank syarikat yang dimiliki. Justeru itu, untuk memudahkan kita mendapat fasiliti kewangan atau pinjaman daripada pihak penting, penting untuk kita menunjukkan aliran tunai yang konsisten, positif dan bagus.

8. Mulakan Bisnes Sampingan.

Jika kita masih bekerja, maka saya cadangkan supaya mulakan perniagaan secara sampingan. Salah seorang peserta seminar saya mempunyai perniagaan butik pakaian kanak-kanak dan bayi yang terletak di pasaraya.Lebih menarik, pasangan suami isteri ini masih bekerja sebagai jurutera dan pembantu perubatan. Mereka memulakan bisnes ini secara sampingan dan menjana keuntungan yang lumayan.Bukan itu sahaja, saya juga mempunyai beberapa peserta program yang masih bekerja dan mengambil tempahan membuat kek di rumah. Ia dilakukan sebaik sahaja waktu pejabat mereka tamat. Kita tidak perlu terburu-buru berhenti kerja untuk memulakan perniagaan. Keputusan itu hanya sesuai dilakukan, sebaik sahaja kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menguruskannya secara sepenuh masa.

9. Kuasai Pemasaran - Sentiasa Bersedia Untuk “Kembali Ke Sekolah”

Konsistensi adalah kunci utama kejayaan sesebuah perniagaan. Jika kita mempunyai produk yang bagus dan tidak ada seorang pun yang tahu tentang kewujudannya, maka produk itu adalah sia-sia. Ilmu pemasaran adalah ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap usahawan. Ini kerana ia adalah ilmu yang digunakan untuk menarik ramai pelanggan, supaya jualan dan keuntungan kita meningkat secara drastik. Oleh yang demikian. Sentiasa bersiap sedia untuk kembali ke sekolah. Maksudnya di sini, sentiasa terbuka minda untuk menimba ilmu pemasaran. Belajar selok belok ilmu menarik pelanggan ini menerusi buku-buku atau seminar-seminar yang dianjurkan pakar.

Dengan ilmu pemasaran yang betul dan terbukti berkesan, kita dapat menjana keuntungan dengan pantas. Seperti kata bilionair Donald Trump, “Produk yang bagus akan tetap gagal, apabila usahawan itu tidak mempunyai ilmu pemasaran.”

Petikan ini di ambil daripada : Perkongsian Rahsian Kejayaan Usahawan

Food Review : Kedai Ketam Nipah, Kepala Batas

Assalamualaikum..

Semalam teman la Mr.F pi makan ketam nipah...padahal aku yang masa tu dah makan ketam terpaksalah teman dia makan ketam lagi..Memang lepas ni badan aku pun macam ketam la..

Yang bestnya tempat kali ni memang betoi2 unik pada pandangan mata aku la..Sebab kedai dia memang kita susah nampak sikit dan dapur masak dia tepi jalan then kedai dia menghadap ke bawah jalan sikit..Macam ala2 kita turun bukit tu..huhuhuhu

Konsep makanan kat sini semua berunsurkan ketam nipah..Cuma time aku pi dengan Mr.F bukan time ketam kot..Sebab saiz ketam dia alahai comel2 je..Tapi yang speselnya kat sini makanan yang dimasak kat restoran ni memang sedapppp....aku habis nasik sepinggan...aku memang makan banyak tapi nak menghabiskan sesuatu makanan tu memang payah banyak la..:)




ni antara menu yang di order oleh kami Nasi putih 2 + papadom, ketam masak sweet and sour + teo o ais + oren ais 


ni la yang aku cakap tadi kedai dia..Memang spesel..kedai di atas kita di bawah..but memang best sebab dikelilingi padi yang tengah masak


Ketam masak sweet and sour..so yummyyyyyy!!!!!!


Memang nampak biasa je kan kedai ni..tapi makanan dia memangg sedapppppppp.........


total kami makan 2 ekor ketam semua hanya RM19 henggit sahaja...tu pun baru rm9.50 seorang..sapa nak bagi makan ketam dengan harga murah macam ni kan3????

So..what waiting for?? Jom pakat2mai kat Kedai Ketam Nipah di Kepala Batas ni..mai masa musim ketam nipah lagi best..Nampak ketam je uolls....

Nak alamat dia...Ni alamat dia :

Dropped Pin - Dropped Pin near Kampung Permatang Bogak 13100 Penaga Pulau Pinang http://maps.google.com/?q=5.502201,100.422973&hl=en&gl=us




FB Ads Missing Chapter

assalamualaikumm...

hiii uolls....

Nak cerita sikit. Orang2 bisnes cakap FB Ads ni menguntungkan. Betul ke? Mereka kata la :


ni orang cakap la pasai FB ads ni

Apa tu FB ads??? toink3x

FB Ads adalah singkatan buat Facebook Advertising. FB Ads ini membolehkan pengguna di Facebook mengiklankan produk, perniagaan mereka, servis mereka, atau apa saja (kecuali produk-produk larangan macam produk2 seks ke,ubat gagah ke jangan dok gatai buat fb ads) di facebook. Iklan ini akan dipaparkan di sebelah kanan (sidebar) Facebook pengguna. Jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak FB adalah serendah USD0.01 untuk satu trafik atau pelawat yang diperolehi! - tapi ingat, bukan mudah nak dapatkan USD0.01 per click.

tak paham lagi??? ok2 ce tengok gambaq2 di bawah ni...


paham x??? :)


9 sebab kenapa ramai gagal buat duit dengan FB ads



FB ads Missing Chapter e-book...Memang aku mula2 marah Mr.F beli benda ni..pas baca link FB ads ni aku taw sebab pa dia beli...


contoh kandungan dalam e-books ni

jom2 dapatkan e-books ni..

sila klik link ni kalau nak beli e-books ni : http://sifufbads.com/dvdmissingchapter/


The Maze Runner

hii...

Actually masa tengok cita ni memang aku x paham pe yang sebenarnya cita ni sampaikan...sebab dia bermain dengan kbkk sikit..Mybe sebab aku tak baca novel dia kot sebab tula aku tak seberapa paham sangat story dalam cita ni..

Tapi bagi aku setakat ni la movie ni is a good movie..Sebab dia cuba garapkan misteri2 dalam Maze tu kan..If korang rasa nak pi tengok aku suggest pi baca novel dia dulu..Jangan menyesal macam aku wokeyyy...:)


ni la ghupe novel "The Maze Runner" ni


1 of the mystery place in the world


Hero of this film 


time ni cuakk gila..:)



This time pun masa klimaks cite ni..

So far this movie aku bagi 2 star out of 5 star :)

AIS BLENDED blended COOLBLOG BERPERISA


hiii...ok kali ni i nak share the latest resepi coolblog...haaa..bahan2 senang dicari so xyah susah2 dah pi beli..duit tu boleh masuk tabung buat simpanan..:)
✿PERISA VANILLA✿
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 3 sudu makan susu pekat manis, 1 scoop aiskrim vanilla, Segelas ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak
---------------------------------
✿PERISA COKLAT✿
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 3 sudu pekat manis, 3 sudu makan milo, ½ sudu makan serbuk koko, Segelas ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak.
---------------------------------
✿PERISA MOCHA✿
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 3 sudu makan susu pekat manis, 1 sudu makan serbuk koko, ½ sudu makan nescafe, Segelas ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak.
---------------------------------
✿PERISA CAPPUCCINO✿
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 5 sudu makan susu pekat manis, ½ sudu makan Nescafe, Segelas ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak.
✿Cara-cara
✿Pilih mana2 perisa yang digemari
✿Masukkan semua bahan-bahannya ke dalam blender
✿Pastu blend je sampai halus. Hati2 kalau blender cap ayam tu jgn plak blend xbenti kang berasap blender
✿Air batu tu ketuk2 dulu sikit kalau taknak blender tu cepat jahanam huhuhu
✿Air masak tu sebenarnya ikut keperluan blender. Tuang sikit2 je..kalau blender susah nak jalan, tambah air lagi sampai dia pusing lancar. Kalau nak sedap ganti air masak tu dgn susu segar ke, susu cair ke, susu sejat ke.baru naik sikit rasa lemak dia.
✿Untuk perisa vanilla..kegunaan aiskrim vanilla tu untuk aroma vanilla sahaja. Kalau nak guna esen vanilla sebagai ganti pun boleh tapi bau esen tu cam tengit sikit. Kena buh sikit je esen vanilla, lagipun kalau bubuh byk2 esen, nanti minuman aisblended tu jadik warna kelabu.vanilla kan putih bersih..tak pun beli serbuk putih vanilla je.abis citer (tp serbuk ni mahal sebotol kecik 30g dlm rm4, guna sedikit sahaja untuk aroma vanilla)
✿Ini minuman untuk minum sendiri (homemade) kalau agak2 nak buat jual, nak komersial kan nak meniaga ke nak meniaga serbuk ais blended ke konon2 la..bleh like page saya humaeyra pastry di facebook.
Selamat mencuba
PENAJA INFO : KLIK --> Diary Ibu Mengandung & Si Comel
CREDIT : MY RESIPI

Monday, 8 September 2014

GREAT 2014

Hii...



For this entry i will tell about GREAT2014 in 17 until 20 September


GREAT2014 menghimpunkan ekosistem keusahawanan Malaysia dengan usahawan-usahawan pelbagai fasa. Jadi, jangan segan-segan untuk berinteraksi dengan para usahawan-usahawan yang hadir, agensi-agensi pemberi dana dan pakar-pakar industri! 



Terokai GREAT dalam diri anda dengan bersosial dan berhubung! Fokuskan perbualan anda tentang idea keusahawanan dan yang paling GREAT, ia kasual!



Bermula 17-20 September, anda juga dapat mengambil inspirasi tentang idea keusahawanan orang lain. *Perdana Menteri juga akan turut hadir untuk mendengar idea anda! 

Lepas tu ada jugak himpunan ribuan usahawan, pakar industri & dana menarik! 9 Hari lagi! Sekarang ni bukan senang nak dapatkan dana untuk bukak business ni..So lets we try ok!!!

Not only that. Discover your inner entrepreneur skills and elevate your learning experiences through Gorgeous Geeks’ Business and Digital Mastery programmes. We promise you’ll feel GREAT being labelled a Geek after that too. 

Macam mana nak daftar??


jangan risau sayang2 semua...Hanya 3 langkah sahaja unttuk mendaftar di GREAT2014 ni.


Hanya 3 langkah!

Three steps to join ARTIVATE.
1. Go online mypaa.com.my/artivate
2. Choose a date that suits what you do.
3. Register on that page.

For more information you can go to this link :

website    : http://gogreat.my/#home

Meals on site and transfers to MaGIC are provided.



Datang jangan tak datang!!!





Betul ke?? Anda Anak Nombor Berapa?

Jom guys recheck ade or tak kene mengena dengan angpa semua..Kalau kena sipih2 pun still kena jugak kan3???huhuhuhu








Gambaq pic wedding uyu..dah nak jadik mak cik dah aku ni..kawan preggy aku yang terover excited plak :)

Sunday, 7 September 2014

Kepala Batas Restoran

hii uolls...

weekend haritu memang my busy day..p kuala muda amik ikan la, tngok Lucy and bnyk lagi bnda yang aku buat..Live is wonderful..so before we are getting old better we do some activity that make us happy wokeyyyy...

Now my time to make a food review..Haritu memang planning aku nak pi kedai Happy Home area kepala batas tu..sebab barang kat situ memang murah..bayangkan tong sapa RM1.20 jaa...sapa nak bagi mai habaq kat cheqq..Memang aku pi situ haritu sebab nak mencari bakul baju..yela busy sampai malas lipat baju..nak bagi kemas bilik tu last solution sumbat ja dalam bakul..huhuhu..nak cari semak balik..adoiii

ok..kedai ni aku pi hari Jumaat malam..memang time pi situ ada band bagai..yela nak tunggu menu sampai penuhkan telinga dengaq lagu dulu..kita pun boleh request lagu apa for FOC..hahahaha...

time haritu disebabkan dan kenyang,so aku pun order potato wedges je..Mr F plak order chicken chop mushroom..ayaq plak order lime juice and teh o ais laici..Perghhh memang sedap la makanan kat sini and herge dia memang berpatutan...sedap toksah cakap sebab memang sedap pommm....

So,kepada sapa2 yang p kepala batas tu lets go to this restoran..Actually i cant remember the restoran name..but this restoran allocate near Fareeda shop if i not mistake..xpe2..nty aku cari balik nama kedai tu...Nak lagi ingat kedai tu ramai gila orang and ada band nyanyi lagu kat situ...

ni ayaq yang aku n Mr F order...memang modern betoi deco dia

chicken chop mushroom

chicken chop mushroom..so yummyy!!!!!

so, jom pakat2 mai Kepala Batas ok..memang terbaik la dia punya makanan..:)

9 Step Mudah Untuk Graduan Muda Bijak Mengurus Wang

Panduan ini khusus untuk graduan muda, yang baru memasuki fasa 7 tahun pertama.
Jadi, selama 7 tahun pertama ini,  jadikan 9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup.

1. Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.
2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.
3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu.Sekufu dari sudut minda kekayaan.
4. Jangan beli kereta baru yang mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun.
5. Dah bergatal bercinta, terus lah fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.
6. Beli aset sikit-sikit. Mula dengan modal yang rendah sahaja dulu. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.
7. Buat bajet siap-siap untuk:
  • Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.
8. Sediakan bajet yuran pembelajaran pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.
9. Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?
Masuk sahaja fasa ke-2, iaitu 7 tahun kedua, tuan pasti tersenyum lebar…
thankz buat   

Makanan Pebret Rasulullah SAW

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


pic xde kena mengena dengan post!!!hihihihi

LUCY Review

haii uolls...

1st bila Mr.F ajak tengok cita ni memang malaihhhh giler kentang nak pi..Sebab sebelum2 ni ramai yang komen cita ni x best la,rugi duit beli tiket la,x paham la jalan cita diaa and bla3x..

So aku dengan muka yang terlajak malas ni ponn follow la Mr.F..1st bila start cita dia memang aku fokus habis la..sebab takut tak paham..Lepas tu bila cite tu ddah smapai kat tengan pe semua memang aku terpaku pada cite ni..huhuhu

Sebab pada aku yang sememangnya skema ni aku memang suka tengok cita yang berbentuk sains fiksyen..Sebab cara ni la kita boleh ingat balik teori2 lama yang saintis dulu cipta and pasal fakta2 sains..Yes i know ada sesetengah pihak cakap yang sains ni benda yang memboringkan..nak bagi menarik kita just tengok olahan movie yang producer luar buat.

Ni ja cara kita akan taw pasal teknologi, sains, mathematics and human being are mixed in 1 movie..So, korang pi la tengok cita Lucy ni..I give this movie 5 star because memang this story buat aku terpikiaq macam mana la dunia ni 10 tahun akan datang??penularan drug, sosial and etc


Lucy..baru nak review arini..nampak beno aku ketinggalan zaman ni

muka Scarlett Johansson memang psiko at this part!!!!


haaa..yang lelaki dalam tu pun aku minat jugak kalau buat cita science fiksyen ni

So,lets go guyss see Lucy movie okie!!!!