Follow Me

Wednesday, 10 September 2014

AIS BLENDED blended COOLBLOG BERPERISA


hiii...ok kali ni i nak share the latest resepi coolblog...haaa..bahan2 senang dicari so xyah susah2 dah pi beli..duit tu boleh masuk tabung buat simpanan..:)
✿PERISA VANILLA✿
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 3 sudu makan susu pekat manis, 1 scoop aiskrim vanilla, Segelas ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak
---------------------------------
✿PERISA COKLAT✿
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 3 sudu pekat manis, 3 sudu makan milo, ½ sudu makan serbuk koko, Segelas ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak.
---------------------------------
✿PERISA MOCHA✿
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 3 sudu makan susu pekat manis, 1 sudu makan serbuk koko, ½ sudu makan nescafe, Segelas ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak.
---------------------------------
✿PERISA CAPPUCCINO✿
bahan-bahan
2 sudu makan gula, 5 sudu makan susu pekat manis, ½ sudu makan Nescafe, Segelas ais ketul/ais kiub, ½ gelas air masak.
✿Cara-cara
✿Pilih mana2 perisa yang digemari
✿Masukkan semua bahan-bahannya ke dalam blender
✿Pastu blend je sampai halus. Hati2 kalau blender cap ayam tu jgn plak blend xbenti kang berasap blender
✿Air batu tu ketuk2 dulu sikit kalau taknak blender tu cepat jahanam huhuhu
✿Air masak tu sebenarnya ikut keperluan blender. Tuang sikit2 je..kalau blender susah nak jalan, tambah air lagi sampai dia pusing lancar. Kalau nak sedap ganti air masak tu dgn susu segar ke, susu cair ke, susu sejat ke.baru naik sikit rasa lemak dia.
✿Untuk perisa vanilla..kegunaan aiskrim vanilla tu untuk aroma vanilla sahaja. Kalau nak guna esen vanilla sebagai ganti pun boleh tapi bau esen tu cam tengit sikit. Kena buh sikit je esen vanilla, lagipun kalau bubuh byk2 esen, nanti minuman aisblended tu jadik warna kelabu.vanilla kan putih bersih..tak pun beli serbuk putih vanilla je.abis citer (tp serbuk ni mahal sebotol kecik 30g dlm rm4, guna sedikit sahaja untuk aroma vanilla)
✿Ini minuman untuk minum sendiri (homemade) kalau agak2 nak buat jual, nak komersial kan nak meniaga ke nak meniaga serbuk ais blended ke konon2 la..bleh like page saya humaeyra pastry di facebook.
Selamat mencuba
PENAJA INFO : KLIK --> Diary Ibu Mengandung & Si Comel
CREDIT : MY RESIPI

Monday, 8 September 2014

GREAT 2014

Hii...



For this entry i will tell about GREAT2014 in 17 until 20 September


GREAT2014 menghimpunkan ekosistem keusahawanan Malaysia dengan usahawan-usahawan pelbagai fasa. Jadi, jangan segan-segan untuk berinteraksi dengan para usahawan-usahawan yang hadir, agensi-agensi pemberi dana dan pakar-pakar industri! 



Terokai GREAT dalam diri anda dengan bersosial dan berhubung! Fokuskan perbualan anda tentang idea keusahawanan dan yang paling GREAT, ia kasual!



Bermula 17-20 September, anda juga dapat mengambil inspirasi tentang idea keusahawanan orang lain. *Perdana Menteri juga akan turut hadir untuk mendengar idea anda! 

Lepas tu ada jugak himpunan ribuan usahawan, pakar industri & dana menarik! 9 Hari lagi! Sekarang ni bukan senang nak dapatkan dana untuk bukak business ni..So lets we try ok!!!

Not only that. Discover your inner entrepreneur skills and elevate your learning experiences through Gorgeous Geeks’ Business and Digital Mastery programmes. We promise you’ll feel GREAT being labelled a Geek after that too. 

Macam mana nak daftar??


jangan risau sayang2 semua...Hanya 3 langkah sahaja unttuk mendaftar di GREAT2014 ni.


Hanya 3 langkah!

Three steps to join ARTIVATE.
1. Go online mypaa.com.my/artivate
2. Choose a date that suits what you do.
3. Register on that page.

For more information you can go to this link :

website    : http://gogreat.my/#home

Meals on site and transfers to MaGIC are provided.



Datang jangan tak datang!!!





Betul ke?? Anda Anak Nombor Berapa?

Jom guys recheck ade or tak kene mengena dengan angpa semua..Kalau kena sipih2 pun still kena jugak kan3???huhuhuhu








Gambaq pic wedding uyu..dah nak jadik mak cik dah aku ni..kawan preggy aku yang terover excited plak :)

Sunday, 7 September 2014

Kepala Batas Restoran

hii uolls...

weekend haritu memang my busy day..p kuala muda amik ikan la, tngok Lucy and bnyk lagi bnda yang aku buat..Live is wonderful..so before we are getting old better we do some activity that make us happy wokeyyyy...

Now my time to make a food review..Haritu memang planning aku nak pi kedai Happy Home area kepala batas tu..sebab barang kat situ memang murah..bayangkan tong sapa RM1.20 jaa...sapa nak bagi mai habaq kat cheqq..Memang aku pi situ haritu sebab nak mencari bakul baju..yela busy sampai malas lipat baju..nak bagi kemas bilik tu last solution sumbat ja dalam bakul..huhuhu..nak cari semak balik..adoiii

ok..kedai ni aku pi hari Jumaat malam..memang time pi situ ada band bagai..yela nak tunggu menu sampai penuhkan telinga dengaq lagu dulu..kita pun boleh request lagu apa for FOC..hahahaha...

time haritu disebabkan dan kenyang,so aku pun order potato wedges je..Mr F plak order chicken chop mushroom..ayaq plak order lime juice and teh o ais laici..Perghhh memang sedap la makanan kat sini and herge dia memang berpatutan...sedap toksah cakap sebab memang sedap pommm....

So,kepada sapa2 yang p kepala batas tu lets go to this restoran..Actually i cant remember the restoran name..but this restoran allocate near Fareeda shop if i not mistake..xpe2..nty aku cari balik nama kedai tu...Nak lagi ingat kedai tu ramai gila orang and ada band nyanyi lagu kat situ...

ni ayaq yang aku n Mr F order...memang modern betoi deco dia

chicken chop mushroom

chicken chop mushroom..so yummyy!!!!!

so, jom pakat2 mai Kepala Batas ok..memang terbaik la dia punya makanan..:)

9 Step Mudah Untuk Graduan Muda Bijak Mengurus Wang

Panduan ini khusus untuk graduan muda, yang baru memasuki fasa 7 tahun pertama.
Jadi, selama 7 tahun pertama ini,  jadikan 9 langkah mudah ini sebagai panduan hidup.

1. Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.
2. Sasarkan simpanan sehingga wajib bayar zakat simpanan. Dan terus menyimpan menyimpan dan menyimpan.
3. Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu.Sekufu dari sudut minda kekayaan.
4. Jangan beli kereta baru yang mahal-mahal. Graduan yang bijak tak terus beli kereta yang setiap tahun harganya pasti turun.
5. Dah bergatal bercinta, terus lah fikir bagaimana berkahwin tanpa perlu berhutang. Menabung. Elakkan jadi raja sehari seterusnya jadi hamba bank 10 tahun. Kalau tak mahu menabung, jangan langsung berfikir nak mengurat anak dara orang.
6. Beli aset sikit-sikit. Mula dengan modal yang rendah sahaja dulu. Apa-apa aset. Bajet khas pelaburan pertama.
7. Buat bajet siap-siap untuk:
  • Beri duit kepada mak bapak setiap bulan.
  • Bersedekah setiap bulan.
  • Melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
Wajibkan diri untuk amalkan perbuatan memberi seperti ini sebagaimana kita komited membayar cukai pendapatan kepada LHDN atau cukai pintu kepada Majlis Perbandaran atau cukai tanah kepada Pejabat Tanah.
8. Sediakan bajet yuran pembelajaran pasal urus dan labur duit melalui buku, ebook atau seminar. Barangsiapa yang tak melakukannya bersedialah membayar cukai kebodohan pada masa hadapan nanti.
9. Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita ?
Masuk sahaja fasa ke-2, iaitu 7 tahun kedua, tuan pasti tersenyum lebar…
thankz buat   

Makanan Pebret Rasulullah SAW

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~


pic xde kena mengena dengan post!!!hihihihi

LUCY Review

haii uolls...

1st bila Mr.F ajak tengok cita ni memang malaihhhh giler kentang nak pi..Sebab sebelum2 ni ramai yang komen cita ni x best la,rugi duit beli tiket la,x paham la jalan cita diaa and bla3x..

So aku dengan muka yang terlajak malas ni ponn follow la Mr.F..1st bila start cita dia memang aku fokus habis la..sebab takut tak paham..Lepas tu bila cite tu ddah smapai kat tengan pe semua memang aku terpaku pada cite ni..huhuhu

Sebab pada aku yang sememangnya skema ni aku memang suka tengok cita yang berbentuk sains fiksyen..Sebab cara ni la kita boleh ingat balik teori2 lama yang saintis dulu cipta and pasal fakta2 sains..Yes i know ada sesetengah pihak cakap yang sains ni benda yang memboringkan..nak bagi menarik kita just tengok olahan movie yang producer luar buat.

Ni ja cara kita akan taw pasal teknologi, sains, mathematics and human being are mixed in 1 movie..So, korang pi la tengok cita Lucy ni..I give this movie 5 star because memang this story buat aku terpikiaq macam mana la dunia ni 10 tahun akan datang??penularan drug, sosial and etc


Lucy..baru nak review arini..nampak beno aku ketinggalan zaman ni

muka Scarlett Johansson memang psiko at this part!!!!


haaa..yang lelaki dalam tu pun aku minat jugak kalau buat cita science fiksyen ni

So,lets go guyss see Lucy movie okie!!!!