Follow Me

Sunday, 9 November 2014

Movie Review: Annabelle

Assalamualaikum...

Okie this time nak review pasal Annabelle plak..Memang dah lama tengok tapi still gedik nak buat review jugak..


Click this video to see the official trailer of this movie!!!


SYNOPSIS:
This spin-off from James Wan's "The Conjuring" features the terrifying doll from the first movie that's possessed by a demon. Here, Annabelle threatens a young couple, Mia and John and their newborn baby, when John unknowingly brings the doll back to their home.

Banyak jugak la adengan dalam film ni yang membuatkan aku mampu hilang jantung..Film ni penuh dengan suspens dan bagi aku memang patung dia sangat hidup..fuhhhhh!!

Time tengok cerita ni pun MR.F banyak gila kuaq pi toilet.Satu pembaziran wang keluar yang sedang berlaku...Aku yang sememangnya penggemar cerita-cerita seram memang tak berganjak langsung.Sebab cerita ni penuh suspens yang kita nak taw lepas ni jadi apa and bla..bla..bla..

Untuk plok cerita Annabelle ni please click here -------->>>>>>> Annabelle Plot Review

Patung yang mempunyai roh jahat!!


Part ni memang suspens dalam cerita ni

Kalau aku lebih rela tido!!zzzz


The real Annabelle Doll

Untuk movie ni aku bagi 4 star out of 5 stars sebab memang menakutkan jugak la bagi aku and plot dia mudah untuk dihadam..

So,lets get the DVD for this film wokeyyyy....



Movie Review: Interstellar

Assalamualaikum

Entry kali ni memang nak review pasal Interstellar movie. Masa mula-mula beli tiket memang tak pernah terpikir panjang gila masa movie ni. Berbaloi la beli tiket wayang untuk movie yang hampir 3jam. Kebas segala sendi duduk kat dalam cinema time tu. Yang paling best langsung tak kuaq pi toilet pun..Sesuatu yang membanggakan aku.hahaha

Actually sesiapa yang plan nak tengok this movie korang mestilah menyukai cerita-cerita pasal sains fiksyen ni. Ingat tak masa belajaq fizik dulu banyak teori-teori pasal Morphy Law la, Momentum la..memang film ni banyak bermain dengan hukum-hakam fizik.

Cerita ni memang pada aku slow sikit but benda yang director olah more to educational film,relationship between father and son dan yang paling best tak da unsur 18SX dalam cerita ni. Baju-baju hero dan heroin pun baju angkasa lepas je. So memang best..

Click here----------->>>>>>>> Plot of this film

Untuk cerita ni, I give 3.5star out of 5..Jom tengok film ni wokey!!!!


Poster : Memang dah menarik minat nak tengok movie ni kan

Antara part yang menyentuh jiwa raga..hahaha

Hero to this film.Memang lakonan dia menjadi la!!



Monday, 3 November 2014

Wednesday, 29 October 2014

Resepi : Hokkaido Muffin

Wah3..Hokkaido Muffin..bajet macam kat Jepun pulak....hihihi..Resepi ni memang senang nak buat and dekat Malaysia pun kita boleh cari bahan-bahan dia juga...:)

Bahan A
-4 biji telur kuning
-30 g gula castor
-40ml susu segar
-40ml minyak jagung
-1sk esen vanila
-55 g tepung gandum
-20 g tepung kustard
-1 st baking powder


Cara-cara:
1.satukan gula,telur kuning dan kacau
2.masukkan minyak jagung,susu,esen vanilla dan kacau
3.masukkan tepung gandum dan kustard yg telah diayak


Bahan B
-80 g gula castor
-1/4 sk garam
-4 biji telur putih


Cara-cara:
1.pukul telur putih dgn mixer(high speed) sampai berbuih
2.masukkan sikit2 gula castor ngan garam
3.pukul lagi sampai kembang(kalau terbalik kan bekas..bahannya x jatuh)

+ campurkan bahan A dan B
+ jgn pakai mixer..pakai spatula jer..
+ masukkan dalam bekas muffin 3/4
+ bakar 15-20 minit dgn 170 celcius


Bahan2 custard
-1 sb tepung gandum
-1 sb tepung custard
-4 sb gula pasir
-200 ml susu segar
-1 bj telur+esen vanila sikit
-1 sb mentega


Cara-cara
1.masukkan semua tepung tu, gula dalam periuk
2.masukkan 1-3 sb susu segar,kacau(jgn berketul)
3.masuk baki susu dan esen
4.masak atas api sederhana
5.selalu kacau..jgn sesekali tinggal
6.bila nampak mcam dah pekat..masukkan mentega..
7.terus kacau sampai pekat dan berkilat..
8.tutup api kacau lagi sampai suam2..


Cara nak decorate
-sumbat sikit cream custard tu dalam muffin
-nampak comot sikit mula2..
-isi cream custard dalam piping bag..buat bentuk sikit kat surface yg nampak comot tadi(nak tutup kecomotan muffin)
-hias atas cream custard dgn apa2(kismis,strawberry..semua adik beradik berry pun boleh)..
- dah siap semua tu..tapis gula icing kat atas muffin(nampak mcm snow sikit)
-nak senang buat atas talam..x bersepah merata2 gulanya...
-siap dihidang..




Lets try girls!!!


Tuesday, 28 October 2014

Resepi : Detox Water

Assalamualaikum

Hiii entry kali ni nak sentuh pasal Detox Water. Aku pun selalu baca artikel pasal Detox Water ni. Sebernarnya Detox water ni amat sesuai untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan tanpa sebarang pengambilan ubat-ubatan. Actually pengambilan ubat-ubatan ini kita harus jaga untuk kesihatan kita. Macam doktor pulak aku membebel ni..hihihi

Lemon Detox Water

Air Detox juga dikenali sebagai Infused water. Ia ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Nak buat Detox Water ni senang je just potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum detox water ni. 

Kebaikan infused water/Detox water

Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
  • Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.

Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala


Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan


Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati


Sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut


Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi




Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok. Siapa rajin buat ? Tengok banyak mat salleh buat, I pon terikut nak buat. Lagi-lagi badan yang semakin membulat ni. Hihii..

Selamat mencuba okie...:)









Quote of the day


Monday, 27 October 2014

Food Review: Damiral's Grill Restaurant & Coffee

Assalamualaikum...

Okie entry kali ni tentang food review..yeayyy this restoran memang 5star la bagi aku..sebab suasana dia memang tenang dan damai je..Memang sesuai untuk discussion di restoran ni..Restoran ni terletak berhampiran uptown Perda..Memang senang nak cari location bagi restoran ni,,

sumber from google..Ni gambar restoran Damiral's Grill Restaurant & Coffee ni


muka excited terlebih sebab nak makan

Muka selfie mintak penampor...hahaha

ni masa mula2 sampai di restoran ni..memang creative table decoration dia..:)

waiting for the menu..yummyyyy!!!

ni side dished yang diorang sediakan : TitBit RM 3.00

My febret : Banana Split RM 7.90

Mr F punya febret : Mango Lassi  RM 7.90

Also Mr F punya order : Texas Barbeque Chicken RM 15.90

 Rasa dia spicy and sour sikit.but so yummy la...

food presentation..i like...so creative..

After kami memporak perandakan makanan2 ni..

total cost...resit..

Apa2 pun memang ni salah satu western restoran yang agak popular and sedap makanan dia di peneng ni...

So lets go to this restoran okie...