Follow Me

Wednesday, 29 October 2014

Resepi : Hokkaido Muffin

Wah3..Hokkaido Muffin..bajet macam kat Jepun pulak....hihihi..Resepi ni memang senang nak buat and dekat Malaysia pun kita boleh cari bahan-bahan dia juga...:)

Bahan A
-4 biji telur kuning
-30 g gula castor
-40ml susu segar
-40ml minyak jagung
-1sk esen vanila
-55 g tepung gandum
-20 g tepung kustard
-1 st baking powder


Cara-cara:
1.satukan gula,telur kuning dan kacau
2.masukkan minyak jagung,susu,esen vanilla dan kacau
3.masukkan tepung gandum dan kustard yg telah diayak


Bahan B
-80 g gula castor
-1/4 sk garam
-4 biji telur putih


Cara-cara:
1.pukul telur putih dgn mixer(high speed) sampai berbuih
2.masukkan sikit2 gula castor ngan garam
3.pukul lagi sampai kembang(kalau terbalik kan bekas..bahannya x jatuh)

+ campurkan bahan A dan B
+ jgn pakai mixer..pakai spatula jer..
+ masukkan dalam bekas muffin 3/4
+ bakar 15-20 minit dgn 170 celcius


Bahan2 custard
-1 sb tepung gandum
-1 sb tepung custard
-4 sb gula pasir
-200 ml susu segar
-1 bj telur+esen vanila sikit
-1 sb mentega


Cara-cara
1.masukkan semua tepung tu, gula dalam periuk
2.masukkan 1-3 sb susu segar,kacau(jgn berketul)
3.masuk baki susu dan esen
4.masak atas api sederhana
5.selalu kacau..jgn sesekali tinggal
6.bila nampak mcam dah pekat..masukkan mentega..
7.terus kacau sampai pekat dan berkilat..
8.tutup api kacau lagi sampai suam2..


Cara nak decorate
-sumbat sikit cream custard tu dalam muffin
-nampak comot sikit mula2..
-isi cream custard dalam piping bag..buat bentuk sikit kat surface yg nampak comot tadi(nak tutup kecomotan muffin)
-hias atas cream custard dgn apa2(kismis,strawberry..semua adik beradik berry pun boleh)..
- dah siap semua tu..tapis gula icing kat atas muffin(nampak mcm snow sikit)
-nak senang buat atas talam..x bersepah merata2 gulanya...
-siap dihidang..




Lets try girls!!!


Tuesday, 28 October 2014

Resepi : Detox Water

Assalamualaikum

Hiii entry kali ni nak sentuh pasal Detox Water. Aku pun selalu baca artikel pasal Detox Water ni. Sebernarnya Detox water ni amat sesuai untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan tanpa sebarang pengambilan ubat-ubatan. Actually pengambilan ubat-ubatan ini kita harus jaga untuk kesihatan kita. Macam doktor pulak aku membebel ni..hihihi

Lemon Detox Water

Air Detox juga dikenali sebagai Infused water. Ia ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam. Nak buat Detox Water ni senang je just potong buah yang ada dalam peti ais dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum detox water ni. 

Kebaikan infused water/Detox water

Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
  • Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
  • Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
  • Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.

Resipi dan kegunaan air detox infused water

Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat yang ada dari buah itu sendiri. Banyak lagi resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan kerja.

Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala


Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan


Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati


Sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari  berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

Air Detox untuk kempiskan perut


Haa resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan. Kalau rajin senam dan rajin minum infused water ni apa akan terjadi nanti? Mestilah dapat six pack… gituu..hihi




Cara-cara buat infused water atau air detox ni boleh guna botol air yang ada je. Campurkan buah-buahan yang ada dan simpan dalam peti ais untuk semalaman. Boleh cuba dan amalkan air detox ni dengan pelbagai resepi infused water yang disediakan ok. Siapa rajin buat ? Tengok banyak mat salleh buat, I pon terikut nak buat. Lagi-lagi badan yang semakin membulat ni. Hihii..

Selamat mencuba okie...:)









Quote of the day


Monday, 27 October 2014

Food Review: Damiral's Grill Restaurant & Coffee

Assalamualaikum...

Okie entry kali ni tentang food review..yeayyy this restoran memang 5star la bagi aku..sebab suasana dia memang tenang dan damai je..Memang sesuai untuk discussion di restoran ni..Restoran ni terletak berhampiran uptown Perda..Memang senang nak cari location bagi restoran ni,,

sumber from google..Ni gambar restoran Damiral's Grill Restaurant & Coffee ni


muka excited terlebih sebab nak makan

Muka selfie mintak penampor...hahaha

ni masa mula2 sampai di restoran ni..memang creative table decoration dia..:)

waiting for the menu..yummyyyy!!!

ni side dished yang diorang sediakan : TitBit RM 3.00

My febret : Banana Split RM 7.90

Mr F punya febret : Mango Lassi  RM 7.90

Also Mr F punya order : Texas Barbeque Chicken RM 15.90

 Rasa dia spicy and sour sikit.but so yummy la...

food presentation..i like...so creative..

After kami memporak perandakan makanan2 ni..

total cost...resit..

Apa2 pun memang ni salah satu western restoran yang agak popular and sedap makanan dia di peneng ni...

So lets go to this restoran okie...


Online Shopping Review : MommyNbaby-Zone-syad

Assalamualaikum....

Di penghujung bulan ni semua dah nak dapat gaji kan3x??? Well uolls kalau nak beli blouse chiffon, Tutu skirt, dress and tudung/shawal dalam satu harga boleh la like page ni : 

Aku memang selalu beli combo2 set ni dengan k.syad...Memang murah and yang paling penting kita boleh mixed and match..Memang berbaloi pada aku la kalau kita membeli dalam combo set..Menjimatkan yang penting bagi aku yang masih bergelar pelajar ni..

Well nak taw x ak beli apa dengan k.syad ni?? jeng3x....

ni adalah page yang banyak menjual combo set ni : klik sini


combo set yang aku pilih : Tutu skirt, chiffon blose, tudung bawal..

cuma this time dress dalam set combo ni aku tukar,,memang best shopping dekat sini sebab kita boleh jugak request nak tukaq2 combo set kita okie...


dress dalam  combo set yang aku pilih aku trukar dengan combo set ni..purple dress...disebabkan aku ketandusan baju kaler purple so aku pilih set ni..huhuhuhu

uolls percaya tak all this item 4 in 1 dalam set combo ni cuma RM110 include postage...kalau cost dekat luar la kita boleh calculate sendiri kan..

Tutu skirt : RM55
Dress       : RM50
Bawal      : RM10
Blouse     : RM35

Total yang kita beli kat luar nak2 semua RM 150 tu belom termasuk postage lagi..huhuhu
So lets go kita ramai2 pi serang page ni di facebook ea...






Tuesday, 14 October 2014

Kek Coklat Moist Tanpa Telur

haiiii...

Nak buat kek tapi telur xde..adoi2...time mood rajin ni la ada je bahan tak cukup..So, dont worry guys..Ni ada satu resepi dari group FB Resepi Ringkas..

Memang best la join group ni sebab resepi2 dia memang umpppp super duper ringkas dan senang nak buat..Yang penting resepi dia memang menjadi..

Ni link bagi FB group ni : Resepi Ringkas (Just Click link ni je then ask to join the group) 

Resepi : Kek Coklat Moist Tanpa Telur

ni bahan2 yang akan digunakan

siappp membakar

just letak topping coklat n hiasan

So,selamat mencuba..:)



Motivasi

Assalamualaikum & salam sejahtera

I really like this quote...yelakan kadang2 dalam hidup ni ada je benda yang kita rasa tak cukup atau sempurna tapi sebenarnya ada lagi yang lebih sempurna dari kita...(Insaff kejapp)..hihihihi