Follow Me

Tuesday, 2 December 2014

Tip Putihkan Gigi..mihmihmih


Assalamualaikum
Hii readers..

Now Nur nak share tips jimat nak putihkan gigi..Actually dengan bahan-bahan semulajadi je kita dah boleh memutihkan gigi kita and yang paling penting dapat jimatkan duit. Kalau di hospital or klinik-klinik swasta berapa dah kan kita kena bayar untuk cost whitening ni kan...

So lets check it girls:

Arang bersikan kotoran gigi
  • Caranya : 
Basahkan berus gigi then campurkan serbuk arang tu.Campuq sikit je hokeyyy...Lepastu berus gigi dengan gerakkan bulatan ikut arah jam/lawan arah jam selama 2-3 minit..Lepastu jangan terkejut pulak tengok gigi anda yang hitam tu..Cuci gigi sampai bersih dan kotoran arang udah ilangg...
Actually serbuk arang ni membantu mengatasi masalah gigi kuning kerana serbuk arang ni mampu membersihkan gigi dengan baik lagi suci. But petua ni jangan diamalkan selalu hokey             terutamanya yang ada gigi sensetip macam Nur ni. Just buat seminggu sekali je hokeyyy..:)

serbuk arang untuk gigi kita hokeyy:)


Buah strawberry & minuman soda
  • Caranya : 
Lenyek buah strawberry then campuqkan dalam air minuman soda. Lepas tu sapukan benda ni pada berus gigi dan gosok gigi dengan lemah lembut. Bersihkan gigi then gosok lagi gigi macam biasa degan unat gigi. Buat petua ni seminggu sekali sahaja hokeyyy..:)

Buah strawberry & soda

Kulit lemon untuk memutihkan
  • Caranya : 
Hatni memang Nur suka...Kita just gosok gigi dengan bahagian dalam kulit lemin atau oren. Lepas tu bilas sampai bersih. Gosok gigi lagi sekali macam biasa guna ubat gigi. Untuk dapat hasil yang cepat buat la petua ni seminggu sekali hokeyyy...
Actually kulit lemon atau oren dapat membantu menghakis kotoran dan memutihkan gigi. 2 in 1 tips ..:)
Kalau rasa lemon tu mahai yang ni pun boleh jugak pakai...hahahahha

       
      Produk tenusu bersihkan mulut..no bau2 ea...:)
  • Caranya : 
Actually produk2 berasaskan susu ni macam susu,keju and yogurt ada kandungan mineral yang dapat membantu menguatkan dan putihkan gigi. Susu dan yogurt juga boleh mengekalkan kebersihan mulut.So just banyakkan minum minuman berasaskan tenusu untuk gigi kite hokeyy...
omaigodd..susu?????? @__@


Serbuk buah pinang
  • Caranya : 
Bakar buah pinang sampai hangus, then hancurkan.Kalau Nur yang pemalas ni just pakai blender je..Sapu serbuk buah pinang pada gigi,gosok gigi perlahan-lahan guna kain hokeyyy..Ini memang petua tradisional yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu2.
Amik buah dia taw bukan kulit dia...


Garam & Lemon
  • Caranya : 
Potong lemon kepada 4 bahagian. Lepastu taburkan garam pada lapisan ni. Gosok gigi dengan perlahan-lahan/slow motion. Petua ni boleh diamalkan 2 kali sebulan sahaja sebab garam boleh merosakkan enamel gigi...

Pasai pa tak taw aku seram tengok gambaq ni..Ghase gigi aku bergetaq2...hahaha


So, good luck and selamat mencuba..:) 

Senyummm tak perlu kate apa2  ^_^



Monday, 1 December 2014

Tawaran dari Giatmara

Assalamualaikum
Haiii readers...

Next entry kali ni memang nak bagitaw yang aku baru dapat panggilan daripada Giatmara Grik untuk mengikuti kursus jahitan yang aku pilih...Wahhh happy tergolek-golek...Memang la ramai yang cakap keputusan aku ni keputusan yang paling bodoh aku buat but for me as long as my parents support memang aku akan go on with that..Lagipun Giatmara ni dekat je dengan rumah aku and of course kos minyak dan makanan toksah pikiaq dah..huhuhuhu

Yela setiap orang ada flow diorang masing-masing..Tapi bagi aku flow dalam bidang ini sangat cerah memandangkan negara kita dah semakin ramai golongan professional tapi masih kekurangan kaki dan tangan dalam bidang kemahiran ni...

Insyallah sekiranya aku diterima di Giatmara pada bulan January ni memang penuh la diary hidup aku dengan pelbagai aktiviti yang best yang dah aku rangka pada hujung tahun ni..huhuhu

Semua orang ada plan dia sendiri..Kita seharusnya memberi nasihat atau dorongan kepada seseorang dan janganlah memperlekehkan orang lain okayy..

Wish me a luck in my life...:)


Tuesday, 25 November 2014

Khasiat Teh Hijau

Assalamualaikum wbt...
Hii readers...

Entry kali ni memang nak celoteh pasal Green Tea atau dalam bahasa kita teh hijau..Actually dulu tengok boss tempat aku keje ni memang suka sangat minum teh ni...Sehari beruncang-uncang dia minum sama banyak dengan air mineral..Aku pun naik kening pikiaq kenapa la dia suka sangat dengan teh ni..

So lepas google baru aku taw banyak kajian/research kat merata dunia telah dilakukan ke atas green tea/teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaatkan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah :


  1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  2.  Membantu mengawal paras gula darah
  3.  Membantu dalam sesetengah penyakit barah. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah. 
  4. Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh. 
  5. Menurunkan aras kolesterol.Kolestrol yang tinggi memang x baik untuk kesihatan. Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol. Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan.
  6. Menjaga tekanan darah  
  7. Merawat batuk 
  8. Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit 
  9. Kaya dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser 
  10. Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri) 
  11. Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf. Yang ni memang setuju sebab tengok boss aku ni susah nak marah bila buat kerja.Kalau tensen pun dia tensen sorang2 ja...Lega aku!!
  12. Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia 
  13. Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah 
  14. Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya..Yang ni pun betoi..Kulit boss aku even laki memang cantik and flawless gitu...even umur dia dah tua pun still muka dia nampak muda..
  15.  Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.  
ok disebabkan tu aku pun dah start berGreen Tea atas pengaruh kulit boss aku..hahaha... green tea yang aku ambik adalah green tea jenama lipton... 

first time minum... memang aroma dia buat aku rasa ummmmppp..tenang je..Memang ada sesetengah orang yang tak suka teh ni sebab rasa dia tapi pada aku memang sedap sebab manis dia manis asli. Maybe aku senang nak adapt dengan teh ni sebab aku ni memang tak suka benda manis dan berwarna terang sangat...Kalau bancuh ayaq sirap memang aku failll..sebab kedekut warna sangatt...gula pun aku kedekutt...hahahaha


Jom kita start berGreen Tea okie

Another benefits of green tea

Keep Calm and Drink Green Tea..Saya suka ^_^

Green Tea ke???



Monday, 24 November 2014

Travel : Penang Part 1

Assalamualaikum wbt
Hii

Entry kali ni nak cakap pasal Penang...Yela kan dah nak habis kerja baru dapat jalan2 dengan member..Ok kali ni memang nak cherita macam mana kita nak melancong ke penang dengan kos yang murah..Actually penang ni pun salah 1 warisan sejarah bawah UNESCO taw.So rugi kita sebagai rakyat Malaysia tak pi sini kan.



Pengakutan utama di Penang..Memang banyak disediakan basikal dan moto sewa di sekitar ni..Sewa dia memang murah..Kalau aku just sewa basikal ni RM8 henggit untuk 1 hari..Memang lenguh kaki nak ngayuh tapi memang best!!!

Ni masa dekat 3D History Tunnel berdekatan dengan Sekolah Convent Penang.. Bayaran nak masuk only RM12 henggit sebab dapat diskaun.Masa sewa basikal ni dapat kupon diskaun nak masuk sini..^____^ 

Kung Fu Panda.Mata & pipi pun macam panda dah..*___*

P.Ramli in 3D image...Memang terjaga tempat ni

Anti graviti place..Yang bestnya kat sini ada orang tolong ambil gambar kita just FOC!!!Benda free memang laju!!!


My friend during my intern..Sama2 kena marah dengan client,sama2 pi makan,sama2 buat keja last minute & suma together2. Pi toilet je x sama2..hahahaha

Berangan nak jadi tinggi konon..Cehhh "___"

Bajet tahan la sangat...Tapi sangat unik dia punya art di sini

Ni moral art untuk kaum china masa mula2 datang ke Tanah Melayu dulu...

Mr.Bean..One of my favorite cartoon 

Jawap kuiz dapat hadiah puzzle!!!Saya suka ^__^

Penang history before World War!!!

Traditional Malay culture 

I suka Kebarung/Kebaya..Still elok lagi kebaya ni..Rasa macam nak curi jaa....arghhhhhhhhh

haaaaa..Aku yang memang ulat buku ni memang sah2 kena pi kedai ni..Secondhand Book Shop..Ada banyak collection buku yang lama2 dan still elok lagi..

Pusing3x lagiii...

Moral art..FOC



Bye3x!!!

Still mengayuhhh....



Rumah tinggalan tentera Jepun..

Learn History But Never Repeat Their Mistake.
If you stop learning, you stop creating history and become history.

Quotes of The Day


Sunday, 9 November 2014

Resepi : Jeruk Asam Boi!!!

Assalamualaikum & Hii

Just nak share resepi yang baru-baru ni menjadi viral kat internet..Memang kechuq ayaq liuq kot tengok jeruk ni.Tapi alangkah kesiannya kat aku sebab aku ni bukan seorang penggemar asam...Just nak gigit-gigit comel tu boleh la..Nak telan sampai 1 plastik memang tak boleh..hahahaha


Nah bahan-bahan dia..Memang mudah cari tambah-tambah kalau kita tanam pokok ni depan ghumah..terus pi petik je....
Antara bahan yang diperlukan!!

so yummyyy!!!

Nak pedas-pedas letak cili banyak2 okeyy

yummyyy

So,lets try girls!!!





Quotes of the day


Movie Review: Dracula Untold

Assalamualaikum wbt

Okeyyy jom kita tengok plak review aku pasal this movie, Dracula Untold. Actually dah lama dah tengok cerita ni then sekarang baru tergedik-gedik nak review...huhuhuhu

First jom tengok video trailer dia dulu okeyy!!

Official Dracula Untold thriler

SYNOPSIS: 
Commercials helmer Gary Shore makes his directorial debut with this historical origin story of the most famous of vampires for the modern age. Luke Evans stars as a young prince who, when the lives of his wife and child are put in danger by a bloodthirsty sultan, risks his soul to save them, and in the process becomes the first vampire..

Untuk tengok/baca plot cerita ni pulak sila rajinkan jari anda untuk click link ni okie..
------------->>>>>>>> Dracula Untold Plot

Dracula Untold Poster

Part yang suspens dalam cerita ni

Raja yang melawan tentera Turkey

Perjanjian dengan syaitan untuk jadi kuat

Actually dalam movie ni banyak fakta yang diterbalikkan. Contohnya peperangan di antara tentera Dracula dengan kerajaan Turkey. Cerita ni berlatarbelakangkan sejarah kegemilangan kerajaan Turkey suatu ketika dahulu..

Bagi aku cerita ni memang best tambah-tambah aku adalah penggemar cerita Sains Fiksyen,Sejarah dan seram.

Untuk film ni aku bagi 5 STAR!!!! perlu ke caption besaq2???hahahaha






Movie Review: Annabelle

Assalamualaikum...

Okie this time nak review pasal Annabelle plak..Memang dah lama tengok tapi still gedik nak buat review jugak..


Click this video to see the official trailer of this movie!!!


SYNOPSIS:
This spin-off from James Wan's "The Conjuring" features the terrifying doll from the first movie that's possessed by a demon. Here, Annabelle threatens a young couple, Mia and John and their newborn baby, when John unknowingly brings the doll back to their home.

Banyak jugak la adengan dalam film ni yang membuatkan aku mampu hilang jantung..Film ni penuh dengan suspens dan bagi aku memang patung dia sangat hidup..fuhhhhh!!

Time tengok cerita ni pun MR.F banyak gila kuaq pi toilet.Satu pembaziran wang keluar yang sedang berlaku...Aku yang sememangnya penggemar cerita-cerita seram memang tak berganjak langsung.Sebab cerita ni penuh suspens yang kita nak taw lepas ni jadi apa and bla..bla..bla..

Untuk plok cerita Annabelle ni please click here -------->>>>>>> Annabelle Plot Review

Patung yang mempunyai roh jahat!!


Part ni memang suspens dalam cerita ni

Kalau aku lebih rela tido!!zzzz


The real Annabelle Doll

Untuk movie ni aku bagi 4 star out of 5 stars sebab memang menakutkan jugak la bagi aku and plot dia mudah untuk dihadam..

So,lets get the DVD for this film wokeyyyy....